Cool Tandas Dibuat Dari Kristal

By : Posted on 19/11/2012 - 12:46 pm with No comments

tandas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tandas merupakan keperluan wajib pada masyarakat. Memanglah keperluan wajib kalau tidak di mana lagi hendak melepaskan hajat. Berbincang mengenai tandas ini. Admin tertarik untuk membaca satu artikel yang berkaitan dengan  tandas yang berteknologi tinggi di dunia.

Tertanya juga tandas ini buatan mana. Tidak lain tidak bukan negara yang selalu mencipta pelbagai benda adalah Jepun. Kini, tandas Kristal – yang disemat dengan lebih daripada 72.000 keping potongan kristal Swarovski yang bernilai lebih $ 100,000 (£ 64.000).

Pengilang tandas INAX bekerjasama dengan tukang emas dari Austria untuk mecipta hiasanyang tiada tandingan, ianya dipamerkan di bilik pameran di pusat membeli-belah yang mewah di Ginza . Ia adalahsatu usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan dalam tahun ini, iaitu tahun yang banyak mengalami masalah dengan kemelesetan ekonomi dan bencana alam.

Ia juga adalah kepercayaan tradisional mereka, tandas yang berkilauan ini telah dicipta untuk diperkenankan kepada “dewa tandas,” kata Kazuo Sumimiya, pengarah bilik pameran bagi syarikat rekaan dalaman Lixil iaitu sebahagian daripada INAX juga.
“Di Jepun, kami percaya dewa wujud dalam tandas. Disebabkan itulah perlu memastikan tandas agar sentiasa bersih dan menjaganya dengan baik telah menjadi adat Jepun sejak lama dahulu,” katanya.

“Jika kami akan menjualnya, ia mungkin akan bernilai sekitar 10 juta yen ($ 130,000).”
Pengunjung terpesona dengan pameran yang mengkagunkan itu sehingga seorang wanita mengatakan dia ingin menjemput rakan-rakannya dan mengadakan parti di situ.
Tetapi ada yang berpendapat ianya mungkin agak terlalu berharga untuk digunakan.
“Ianya agak sukar bagi saya kerana saya tidak fikir saya akan menggunakannya walaupun saya mempunyainya di rumah,” kata 22 tahun Chikako Kawanami, penyambut tetamu di muzium seni .
Tandas ini akan dipamerkan sehingga akhir Disember.-Nizarazu


Walaupun tandas cantik dan mahal sekalipun, bau busuk masih ada pada tandas kecuali guna sabun

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.