Rumah Sewa Michael Jackson Dijual RM54.7 juta

Michael Jackson

LOS ANGELES : Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi terkenal, mendiang Michael Jackson meninggal dunia di sini akhirnya dijual pada harga AS$18.1 juta (RM54.7 juta), lapor akhbar LA Times kelmarin.

Pembeli rumah tersebut ialah seorang pengarah urusan kanan di syarikat Cerberus Capital Management, Steven Mayer.

Pemilik asal rumah itu ialah ketua eksekutif syarikat pereka pakaian jenama Ed Hardy, Hubert Guez.
Kediaman yang direka oleh Richard Landry itu mempunyai keluasan 1,580 meter persegi yang dibina pada 2002.

Ia mempunyai tujuh buah bilik tidur dan dilengkapi sebuah pawagam, lif, gimnasium, kolam renang, bilik wain bawah tanah dan sebuah rumah tetamu.

Pada Mac lalu, penyanyi Britain, Robbie Williams dilaporkan turut berminat untuk membeli rumah berkenaan.

Jackson, 50, meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah tersebut pada 25 Jun 2009. – Agensi

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post