Tips Untuk Buat Blog Loading Lebih Cepat

By : Posted on 17/12/2012 - 3:54 pm with 1 comment


Semua orang ingin blog yang kemas cantik dan semestinya dapat dibuka dengan pantas. Tetapi apa yang penting sekali dalam sesebuah blog itu perlulah senang dibuka dengan pantas kerana ini akan memudahkan pengunjung untuk melawati blog kita sambil menelaah segala artikel yang terkandung dalam blog tersebut.

Berdasarkan kajian, load blog yang pantas mudah menjadi perhatian umum untuk membaca di blog tersebut. Pengunjung akan berasa puas hati apabiala sesebuah blog dapat dibuka dengan cepat berbanding dengan blog yang memakan masa yang terlalu lama untuk dibuka.. Lebih malang lagi pengunjung tidak akan kembali untuk membuka blog yang load-nya agak lambat.

Oleh yang demikian,pemilik blog harus mengambil tindakan awal untuk mengelakkan load blog yang lambat. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa tips bagi mengelakkan load blog yang lambat.

Jangan letak terlalu banyak gadget.
Di sini saya syarankan jangan letakkan gadget yang tidak penting atau tidak berfaedah pada sesebuah blog atas tujuan mencantikkan blog. Sebenarnya gadget tersebut memainkan peranan yang banyak sehinggakan masa untuk blog load semakin lambat. Jadi buang segala gadget yang tidak penting.

Header pastikan sesuai ( Saiz atau dimensi )
Header merupakan watak utama dalam sesebuah blog atau pengenalan. Dari segi grafik header yang cantik memang tiada masalah pada blog. Tetapi Saiz header tersebut harus diambil kira kerana saiz header juga boleh menyebabkan masa loading semakin lambat. Jika boleh gunakan saiz header yang sederhana sudah memadai.

Jangan terlalu banyak gambar pada side bar.
Terlalu banyak gambar pada sidebar juga menggangu masa untuk loading sesebuah blog. Biasanya untuk mempunyai 1-5 gambar pada sidebar boleh lagi dianggap normal. Tetapi jika lebih dari jumlah itu dikhuatiri akan menjejaskan masa untuk load. Prinsip gambar ini sama seperti header juga. Jika header saiz yang mempengaruhi, manakala gambar di sidebar kuantitinya yang mempengaruhi.
Jangan terlalu banyak post pada muka depan.                                                                 Sememangnya ramai pemilik blog gemar mamaparkan post yang agak banyak pada halaman muka depan blog. Mungkin untuk menarik pembaca untuk membaca artikel yang lain. Sebenarnya bilangan post mempengaruhi masa sesebuah blog. Oleh itu, platform blogspot telah menetapkan pilihan pada kita untuk  memaparkan berapa jumlah yang kita inginkan pada setiap blog. Sewajarnya bilangan post pada halaman muka depan dalam lingkungan dua hingga lapan entri. Tidak perlulah kita meletakkan sampai 20 entri. Sebaiknya gunakanlah gadget “recent post” bagi memaparkan segala entri terbaru atau yang lama.

Sekian saja untuk entri kali ini. Ini juga merupakan satu tips SEO yang boleh diaplikasi dalam sesebuah blog.

1 comments:

Click here for comments

nice sharing
akan membuat perkara di atas

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.