Meta Tag Untuk Blogspot

tags

Meta tag untuk blogspot. Apakah yang anda tahu mengenai meta tag ini? Pentingkah penggunaan meta tag ini ? Mampukah meta tag ini meningkatkan prestasi SEO blog kita? Bagaimanakah cara pasang meta tag di blogspot? Pelbagai persoalan yang mula timbul tentang meta tag ini. Apa yang penting disini anda perlu faham yang meta tag ini adalah tonggak atau tunjang penting terhadap artikel kita di search engine. 

Penambahan meta tags dapat menigkatkan trafik blog kita melalui search engine seperti Google,Yahoo,Bing,dll. Oleh itu, penggunaan meta tags di blogspot amat penting. 

KELEBIHAN META TAG
Penggunaan meta tags adalah untuk menerangkan niche blog kita di search engine. Contohnya blog anda pasal belajar SEO, jadi meta tags akan menerangkan secara ringkas tentang blog anda iaitu belajar SEO pada search engine. Seperti yang anda tahu meta tags juga adalah salah satu cirri-ciri SEO (Search Engine Optimization). Meta tags juga membenarkan search engine mengindeks blog anda dengan lebih tepat . Dengan kata lain, Meta tags berkomunikasi dengan search engine untuk member maklumat yang lebih terperinci tentang sesebuah blog agar dapat diindeks dengan betul dan tepat di mata search engine 

KEBURUKAN DAN KEKURANGAN META TAG
Keburukan meta tags? Bukankah meta tags ini adalah asas SEO? Logik kah meta tags ini ada keburukan. Ya memang ada keburukannya. Tapi jangan terkejut apa keburukannya. Keburukan meta tags ialah apabila anda tidak meletakkan meta tags dalam html dalam erti kata lain anda tidak menggunakan meta tags dalam blog anda. Hehehe. Sebenarnya meta tags ini tidak ada keburukan atau kekurangannya, oleh itu anda perlu pasang meta tags di blog anda dengan segera bagi yang tiada.

TUTORIAL PASANG META TAG DI BLOGSPOT

1.Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates. 

2. Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod
<b:include data='blog' name='all-head-content'/> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter. 

3. Copy kod ini :
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta content='Isi maklumat blog anda di sini' name='DESCRIPTION'/>
<meta content='Isi Keyword anda di sini' name='KEYWORDS'/> </b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/></title>
</b:if>
 
4.Pastekan di bawah kod <b:include data='blog' name='all-head-content'/>
 
5.Selesai
 
Maklumat Penting
  1. Gantikan description dan keyword di atas (tulisan berwarna merah) dengan maklumat yang sesuai dengan blog anda.
  2. Jangan terlalu panjang ayat description dan keyword itu kerana google hanya papar perkataan yang terhad di search engine.
  3. Jangan ulang perkataan yang sama melebihi tiga kali kerana boleh dianggap spam.

Sekian saja perkongsian kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua. Sebelum itu jangan lupa baca entri ini ubah title meta tag yang mesra SEO.

5 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. hye uniknya blog awak! done follow awk! ;D

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tutorial bro, mmg buta psl seo ni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. bahagian tulisan tu...nak letak apa oh...
    cik akak tak faham...

    ReplyDelete
  5. gantikan [Isi maklumat blog anda di sini] ini dgn pengenlaan blog and. Contohnya, blog sukan. Jadinya, pengenalan ditulis prti ini " blog ini membawa berita sukan terkini dalam dan luar negara.

    bahagian [Isi Keyword anda di sini ] perlu diganti dgn keyword penting yg berkaitan dengan blog. Contoh blog sukan tadi. Jadi tulislah keyword seperti ini : berita sukan, keputusan bola, piala dunia, dll.

    Bahagian keywords ini perlu ada tanda koma sbgi pemisah.

    Jadi terpulanglah kepada akak nak isi apa yg berkaitan dgn blog akak. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post