Hilangkan Word Verification Di Komen Blogspot

By : Posted on 28/11/2013 - 8:44 am with 6 comments

Word

Secara dasarnya, Blogspot telah menetapkan "Word Verification" di blog kita. Mungkin ramai yang tahu tentang perkara ini. Namun, dilihat pada hari banyak blogger baru telah wujud di alam maya ini. Hampir setiap hari pasti ada blogger baru terutamanya pengguna blogspot.

Jadi mungkin kewujudan "Word Verification" di kotak komen masih tidak diketahui mereka.

Word
Contoh Word & Number verfication

KENAPA PERLU HILANGKAN "Word Verification" ?
  • Memudahkan untuk komen.
  • Tingkatkan bilangan komen.
2 poin itu je yang menjadi faktor perlu hilangkan  "Word Verification". TAPI penggunaan "Word Verification" ini ada faedahnya kepada blog anda. MIsalnya, blog anda selalunya akan mendapat
> 100 komen dalam setiap entri. Mungkin anda tiada masa untuk semak satu per satu komen tersebut sama ada komen itu dari manusia atau robot spam.

Jadi penggunaan "Word Verification" ini akan membantu menyelesaikan masalah anda. Namun, bagi yang masih fresh dengan blog sebaiknya hilangkan "Word Verification" untuk kebaikan anda dan pengunjung blog.

Tutorial Hilangkan "Word Verification" Di Komen Blogspot


1. Pergi ke setting > post a comment :

Komen Blogspot

2. Kemudian di Bahagian Show Word Verification Pilih NO seperti rajah di atas.

3. Save dan selesai.

Sekarang anda boleh mengimplementasikan tutorial ke dalam blog anda. Walupun langkah ini tidaklah telau sistematik namun ia memberi impak positif yang hesterogen kepada blog anda.

Sekian.

6 comments

Click here for comments

sy cukup anti blog yg ada verification ni..

yekew.. Sama la macam saya. Menyusahkan untuk komen je.hehe

tq for shaing. tp knp lps ikut your step, verify code tetap ada?

sepatutnya word verification tu xkan ada sebab kita telah disablekan , pastikan ummi auni pilih "NO" di bahagian "Show Word Verification"

Jangan Lupa untuk SAVE

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.