Bisnes Jual Air Balang Boleh Untung 7K Sebulan

air balang


Anda ingin memulakan bisnes baru ?

Ingin tingkatkan pendapatan sampingan anda ?

Tapi tak tahu nak nak buat bisnes apa?

Jadi aku nak kongsikan satu bisnes yang boleh dikatakan nampak simple namun boleh memberi keuntungan sehingga RM7K sebulan iaitu bisnes menjual air balang.

Bagaimana dengan hanya menjual air saja boleh membawa keuntungan sehingga 7K. Ini telah dibuktikan sendiri oleh saudara kita yang juga seorang usahawan menjual air iaitu Mizan Sulaiman.

Beliau sendiri telah menjalankan bisnes air ini sejak 2008 lagi. Beberpa lokasi telah digunakan untuk menjalankan bisnes air ini seperti di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Mizan Sulaiman :

Tahun lepas! Sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000. Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan saya ini saya perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!

Ya! 3 balang air sahaja!

Tapi Alhamdulillah... Setiap hari.. ketiga-tiga balang air saya akan habis licin dijual! Ianya bukanlah nasib semata-mata... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA" yang saya lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Modal Rendah Tapi Untung Berlipat Ganda

Cuba anda bayangkan modal yang diperuntukkan untuk mula bisnes air balang hanya RM1000 kebawah sahaja (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air).

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh, jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini... selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Menarikkan.

Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda! Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!

Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"

Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

MODAL
Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

PENGANGKUTAN
Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!
Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula..

PERSAINGAN
Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari? Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!

Jual Air Memang Nampak Mudah, Tetapi……

Bukan anda seorang saja yang menjual air ini bahkan ramai lagi peniaga turut meniaga air juga. Jadi ini akan memberi kesukaran untuk anda menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!

Mungkin beberapa persoalan keluar di minda anda seperti :

• Macam mana nak tarik pelanggan?
• Macam mana nak buat air yang sedap?
• Macam mana nak jimatkan kos?
• Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
• Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?

Kini Anda Tak Perlu Risau dan Pening Kepala Lagi

Bagi yang ingin memulakan bisnes air balang ini tak perlu risau lagi. Kini semua tips panduan dan strategi boleh didapati dalam Ebook  bisnes air balang.

Segala pengalaman, strategi dan langkah-langkah yang benar untuk bisnes air ini telah ditulis sendiri oleh Encik Mizan Sulaiman.


Kandungan Dalam Ebook Ini :

  • Cara memohon tapak niaga (Penting bagi sesiapa yang belum pernah menjalankan bisnes)
  • Tips memilih lokasi bazar
  • Peralatan serta kelengkapan
  • Persediaan dan Pengurusan Masa Berniaga
  • Resepi 8 Jus Yang Laku Keras
  • Rahsia Sulit Jus Yang Laris
  • Case Study – Bagaimana Saudara Mizan Menjana Sebulan 7K dengan bisnes Air.

Dapatkan Ebook Bisnes Air Balang Dengan Segera

Jadi apa tunggu lagi dapatkan sekarang, untuk membuat tempahan klik butang Dapatkan Sekarang.



1 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. RM7k sebulan? Fuh.. banyak tu.. kalau buat bisnes dan ada panduan, memang boleh jana banyak income.

    Semoga rezeki bertambah2 dengan perkongsian ni. Terima kasih

    ReplyDelete
Previous Post Next Post