Cara Tukar Kad Debit Baru Bank Islam

By : Posted on 17/11/2016 - 11:28 pm with 3 comments

Disebabkan perlaksanaan sistem yang baru di mana semua kad debit perlu dibuat baru. Jadi setelah selesai membuat kad debit CIMB, perjalanan aku diteruskan lagi untuk pergi ke Bank Islam. Jarak Cimb Bank dengan Bank Islam tidaklah jauh mana. Sampai saja ke bank Islam aku terus ambil no untuk membuat penggantian kad baru. Berikut adalah prosedur mudah membuat kad debit bank Islam.

Prosedur Membuat Kad Debit Bank Islam

Selesai saja mengambil no, staff bank akan menyuruh anda untuk mengisi satu borang. Borangnya hampir sama seperti Cimb Bank.

Apa yang anda perlu sediakan adalah IC dan kad bank Islam yang lama. Bila tiba giliran pergi ke kaunter dan serah borang tersebut serta IC dan kad bank Islam yang lama. Di tempat aku staff bank memberi pilihan untuk memilih design kad. Ada dua pilihan design sama iaitu design yang hampir serupa seperti kad bank islam yang lama atau mempunyai design burung helang (Kedah FA).

kad debit
kad debit bank islam

Sebagai anak jati kedah, semestinya kad design Kedah FA menjadi pilihan.
Untuk makluman kad yang design Kedah ini dikenakan bayaran sebanyak RM12.70. Jika aku memilih untuk membuat design yang lama mungkin tiada bayaran yang dikenakan.

Bayaran Rm12.70 tidak perlu dibayar secara tunai sebabnya ia akan terus potong mealui akaun.

Selesai .

3 comments

Click here for comments

Jika kad design yang dibekalkan oleh Bank Islam boleh diberi dengan percuma adalah lebih baik. Ini boleh meggalakan lebih ramai orang pergi bertukar kad debit dengan cepat.

Skrg sy blm tukar lg kad debit bank islam yg baru. Kad sy sudah tk aktif,apakah jika sy ingin tukar kad akn dikenakan caj,jika dikenakan caj berapakah yg perlu dibyr...?

maybe below RM15 kot. Saya pun tak berpa ingat dah heheh

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.