Soalan Yang Boleh Membuatkan Korang Stress Seketika

By : Posted on 27/10/2012 - 12:49 pm with No comments

minda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bertemu lagi dengan admin yang tak seberapa famous ini. Itu semua tak penting janji artikel dan coretan yang ada dalam artikel ini sudah memadai untuk singgah ke blog ini.
Selesai sudah hari raya aidiladha kelmarin. Korang kenyang tak makan daging. Mesti banyak kan. Jadi disini admin ingin kongsikan satu artikel yang korang wajib baca, fahami dan menjawabnya.

Macam exam pula. Tidak ini hanya sekadar latihan untuk mengasah minda kita.
Sebelum itu korang boleh singgah ke artikel ini untuk menjawab ▌Soalan Yang Boleh Membuatkan Korang Gila Seketika ▌. Ada berani.  Tapi baca dulu artikel ini sampai habis. Letih admin menaip. Maaf tersilap, jangan baca sahaja tapi jawab soalan yang diberi.

Soalan 1
Anda sedang menyertai satu pertandingan lumba lari. Anda telah memintas peserta nombor dua.
Soalannya anda sekarang di kedudukan nombor berapa?
==============================================================
Jawapan 1
Jika jawapan anda adalah kedudukan nombor 1, maka jawapan anda salah!
Jika anda memintas peserta nombor 2 maka anda sekarang adalah peserta nombor 2!
==============================================================

Soalan 2
Jika anda memintas peserta terakhir. Sekarang anda sedang dalam kedudukan nombor berapa?
==============================================================
Jawapan 2
Jika jawapan anda ialah anda sedang pada kedudukan kedua terakhir, maka jawapan anda salah!
Beritahu saya bagaimana anda boleh memintas peserta terakhir jika bukan anda adalah yang terakhir? terkena troll..huhu
==============================================================

Soalan 3
Soalan berikut adalah soalan aritmetik. Anda hanya boleh mengira dalam kepala sahaja dalam masa yang singkat. Tidak perlu untuk untuk ambil masa yang lama.

Ambil 1000 kemudian tambah dengan 40,
kemudian tambah lagi 1000 dan tambah lagi 30,
sekali lagi tambah lagi 1000 dan tambah lagi dengan 20,
sekarang tambah 1000,
dan terakhir tambah lagi 10
berapa jawapan anda?  jawab dalam masa 1 minit!
==============================================================
Jawapan 3
Adakah jawapan anda 5000?
Jawapan anda salah! Jawapan sebenar ialah 4100. Tahniah diucapkan kepada yang dapat jawab dengan betul. Confuse tak. hehe
==============================================================

Soalan ke 4
Ayah Marry mempunyai 5 orang anak perempuan :
1. Nana, 2. Nini, 3. Nene, 4. Nono, 5.......
Anak ke lima ialah?
==============================================================
Jawapan ke 4Jawapan anda adalah Nunu?
Jawapan yang betul adalah Marry. Korang cuba baca soalan itu sekali lagi.
==============================================================

Soalan ke 5
Ini adalh soalan terakhir. Kali ini korang fikir teliti dan jawab dengan betul-betul. Jangan terburu-buru. Soalannya. Seorang yang pekak datang ke kedai runcit untuk membeli berus gigi. Jadi beliau mendapatkan tuan kedai dan mengayakan seperti sedang menggosok gigi. Tuan kedai terus faham dan memberi beliau sebatang berus gigi.
Kemudian datang seorang buta ke kedai runcit yang sama. Beliau ingin membeli kaca mata hitam. Pada pendapat anda, bagai mana cara beliau membuatkan tuan kedai itu faham akan kehendaknya?

==============================================================
Jawapan ke 6
Jawapannya mudah sahaja. Dia buka mulut and say; "Saya nak beli spek mata hitam satu"
Macam mana jawapannya. Logik tak. Hehehe
==============================================================

p/s: minta follow blog ini and like ye. ▌tak paksa ▌ cuma mahu mengeratkan silturahim antara blogger.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.