5 minit Sahaja Untuk Baca Artikel Ini

By : Posted on 06/11/2012 - 2:02 pm with No comments

reading

Bacalah wahai sahabat sekalian, bacalah untuk dirimu sendiri, bacalah untuk keluargamu, bacalah untuk orang yang kamu sayang. Bacalah

Menurut statistik, hanya 2% dari penduduk dunia membaca buku ilmiah dan hanya 13% penduduk dunia hanya membaca surat khabar. Kebanyakkannya tengok kotak hitam di setiap penjuru rumah setiap hari, setiap masa. Renung-renungkan

Minta sahabat sekalian baca artikel ni 5 minit sahaja dari hidup anda supaya kita bertambah takut kepada Allah dan bertambah iman/taqwa kita kepada nya. Insyallah.
Menurut Hadis:

“Berfirman Allah swt : Demi Keagungan dan Kekuasaan-Ku tidak mungkin berkumpul dua rasa takut dalam diri hambaku dan tidak akan berkumpul dua rasa aman. Jika ia merasa aman padaKu di dunia maka akan aku buat ia takut di hari kiamat, dan jika ia takut padaKu di dunia maka ia akan aman di akhirat.” (HR Ibnu Hibban)

Firman Allah swt
“Sesungguhnya hanyalah yang paling takut pada Allah di antara hambanya adalah para ulama’.” (QS Faathir : 28)

Takutnya para Malaikat :
“Mereka merasa takut kepada Rabb-nya, dan mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan Allah.” (QS An-Nahl : 50)

Takutnya Nabi saw :
“Bahawa Nabi saw jika melihat mendung ataupun angin maka segera berubah menjadi pucat wajahnya. Berkata A’isyah ra: “Ya Rasulullah, orang-orang jika melihat mendung dan angin bergembira kerana akan datangnya hujan, maka mengapa anda cemas?” Jawab beliau saw: “Wahai A’isyah, aku tidak dapat lagi merasa aman dari azab, bukankah kaum sebelum kita ada yang diazab dengan angin dan awan mendung, dan ketika mereka melihatnya mereka berkata: Inilah hujan yang akan menyuburkan kita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Maka kita sebenarnya lebih patut untuk merasa takut dibandingkan dengan mereka.
Mereka takut bukan kerana dosa melainkan kerana kesucian hati dan kesempurnaan ma’rifah, sementara kita telah dikalahkan oleh kekerasan hati dan kebodohan.
Hati yang bersih akan bergetar hanya kerana sentuhan yang kecil, sementara hati yang kotor tidak berguna baginya nasihat dan ancaman.

Ya Allah, masukkanlah rasa takut ke dalam relung hati kami yang paling dalam terhadap kehebatan dan kekuasaanMu yang mutlak dan hapuskanlah rasa takut kami kepada sesama makhluk. Berilah kesedaran kepada kami melalui rasa takut akan azabMu hingga menjadikan kami sentiasa berhati-hati untuk tidak melanggar larangan-laranganMu dan sebagai motivasi untuk kami mempertingkatkan lagi ibadah kami kepadaMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
Ilmu untuk dikongsi.. Masa ni Syaitan bisik dekat anda.. Jangan Share..

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.