Awesome! Rumah Di Tengah Jalan Raya

By : Posted on 24/11/2012 - 1:20 pm with No comments

Rumah di tengah jalan. Benar, hanya di berlaku di China sahaja. Memang negara China ini popular dengan perkara-perkara pelik. Tersekat di celah dinding, jatuh dalam perigi, kemalangan yang ngeri semuanya berlaku di China. Tetapi ini agak menarik juga, rumah di tengah jalan raya.


Luo Baogen

Rumah tersebut didiami oleh sepasang suami isteri iaitu Luo Baogen dan isterinya. Mereka berkeras untuk tinggal di rumah mereka yang terletak di tengah laluan lebuhraya di bandar Wenling, di wilayah Zhejiang, China. Hal ini kerana mereka percaya yang penempatan semula dan ampasan yang ditawarkan oleh kerajaan tidak mencukupi..

Bagi menjamin keselamatan pasangan tersebut, bilik-bilik yang bersebelahan di dalam bangunan telah dikekalkan tetapi semua jiran-jiran mereka telah berpindah keluar.


Luo Baogen
Luo Baogen

Untuk pengetahuan pengetahuan korang, jalan ini merupakan laluan untuk ke stesen keretapi Wenling dari kampung Xiazhang. Jalan ini juga masih belum rasmi untuk di buka. Nasib baik belum rasmi lagi, trafik kenderaan tak seberapa banyak lagi. Kalu tidak rumah itu kereta langgar.Apa yang menariknya pasangan ini kini tinggal di tingkat 5 dan bercadang untuk mengusahakan perniagaan yang sesuai di tingkat paling bawah.

Boleh buka stesyen minyak ini.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.