Cikgu Kena Troll Dengan Murid-murid

By : Posted on 06/11/2012 - 2:36 pm with No comments

Trollface

Alkisah , ada seorang cikgu tadika yang tak percaya
wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana
hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika
tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan.
Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak
tak pen ini?

Murid-murid : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan?

Murid-murid : Ada cikgu.Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : pen ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?

Murid-murid : tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ada tak?

Murid-murid : tak ada cikgu.Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanakitu berjaya. Tetapi. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintaryang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh,mari ke depan.

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?

Murid-murid : nampak.

Amin : cikgu ada kan?

Murid-murid : ada.

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?

Murid-murid : tak nampak.

Amin : cikgu ada otak tak?

Murid-murid : tak ada.

Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tetapi terselit di celah-celah ayat itu moral value. Jadi korang faham-faham ye

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.