Cuba Teka Gambar Siapa Ini ?

Assalamualaikum da selamat sejahtera

Hari ini kita menguji IQ kta dengan meneka gambar. Gambar ini tidak lah complicated sangat cuma gambar wajah seorang manusia. Mungkin spintas pandang nampak macam Albert Einstein. Kenal tak Albert Einstein ini. DIsebabkan ramai yang tidak tahu lagi jadi admin ingin terangkan sikit mengenai Albert Einstein.

Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.


Kenal tak lagi siapa Albert Einstein itu. Disebabkan dah kenal korang cubatengok gambar ini dengan mata hampir tetutup pula. Agak-agak korang gambar siapa?






Mesti korang nampak gambar Daniel Radcliffe. Siapa pula Daniel Radcliffe.
Daniel Radcliffe
merupakan anak sulung kepada Alan Radcliffe dan Marcia Gresham. Radcliffe bersekolah di Sussex House School, sebuah sekolah lelaki dan kemudiannya berpindah sekolah di City Of London School untuk mengambil peperiksaan AS levels. Daniel mampu mendapat 3 A dalam peperiksaan berikut dan kemudian mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah untuk menumpukan perhatian kepada pekerjaannya di set filem Harry Potter dan wataknya di alam teater.

Selepas mentandatangani untuk filem pertama siri Harry Potter 1 nya, Daniel mendapat bayaran sebanyak £150,000 ketika dia berumur 11 tahun. Kemudian, untuk filem Harry Potter 2 pula, bayaran diterima adalah sebanyak £ 1.7 juta dan £3.4 juta untuk siri Harry Potter 3. Daniel juga dikatakan menerima sebanyak £ 8 juta untuk filem Harry Potter 5. Dengan kejayaan lakonan dan siri Harry Potter ini, menjadikan Daniel merupakan salah satu remaja paling kaya di Britain dan ketika itu dia berumur 16 tahun dengan kemewahan sebanyak £ 23 juta didalam simpanannya. [1]

Untuk dua filem terakhir siri Harry Potter iaitu Harry Potter and the Half-Blood Prince dan Harry Potter and the Deathly Hallows, Daniel telah menandatangani kontrak sejumlah £ 25 juta [2] (setiap satu filem).



Daniel Radcliffe






1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post