Fakta Sebenar Seorang Lelaki

By : Posted on 07/11/2012 - 11:11 pm with No comments

Lelaki
 

Lelaki merupakan kaum adam di muka bumi ini. Lelaki juga menjadi Imam dalam keluarga. Lelaki juga merupakan ketua keluarga. Lelaki adalah segalanya. Tidak dilupakan lelaki dilahirkan untuk dijadikan lelaki bukan sebaliknya. Disebabkan artikel ini bertemakan  jantina lelaki. Jadi admin ingin kongsikan fakta yang korang perlu tahu mengenai lelaki.

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga meggi. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat.

Tetapi perlu diingatkan, chef yang  terkemuka di Malaysia majoritinya lelaki.

Tepat tak fakta ini. Mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang salah. Tapi inilah realitinya. Korang bangga tak jadi lelaki.?

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.