Teknik Asas SEO Yang High Class

By : Posted on 20/12/2012 - 12:23 pm with 6 comments


seo
 
 
SEO adalah singkatan akronim  iaitu Search Engine Optimization. SEO ini sangat penting kepada semua yang bergelar blogger.  Ilmu SEO ini sangat penting untuk dipelajari dan  fahaminya.  Mungkin anda tertanya  bagaimanakah ilmu SEO ini dapat digunakan atau diaplikasi dalam dunia blogger ini.

Untuk pengetahuan anda semakin kuat pengetahuan tentang SEO kita, maka semakin  cerah peluang untuk kita dapat  apa yang kita inginkan seperti visitor dan nilai pagerank.  Trafik di blog anda juga semakin bertambah hari demi hari jika anda mengamalkan SEO.

Mungkin dalam kalangan anda juga berpendapat semakin tinggi pagerank, semakin tinggi posisi anda di Search Engine seperti Google dan itu sama sekali tidaklah benar.  Walaupun bilangan pagerank yang tinggi namun jika tidak mengamalkan SEO blog anda sukar untuk mendapat tempat di Search engine.

Oleh sebab itu, betapa pentingnya SEO dalam kehidupan seorang blogger.  Berbalik kepada tajuk artikel iaitu Teknik Asas SEO yang High Class. Jadi admin ingin kongsikan tips-tips yang boleh diamalkan untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan SEO.

1. Penggunaan Keyword pada Tajuk Blog
Sebelum  membuat blog pastikan anda sudah memikirkan keyword atau kata kunci yang sesuai dengan tema blog anda. Disyarankan, gunalah nama yang kurang persaingan di samping menarik minat orang untuk membaca blog anda. Pastikan nama yang anda pilih itu sama dengan niche blog. Contoh,judul blog : Masakan, niche-nya berkongsi tentang resepi masakan.

2. Pemasangan Keyword di Meta Tag

Selepas anda membuat blog dan memilih nama yang sesuai  untuk blog, pastikan anda memasang Meta Tag seperti Meta Descrition dan Meta Keyword

Untuk Meta Keyword, letakkan kod  berikut di bwah kod <head>  pada template anda:

<meta content='keyword1, keyword2, keyword3, dll' name='keywords'/>

 
Meta  Description pula guna kod ini, letakkan kod ini di bawah Meta Keyword tadi:
<meta content='Isikan Deskripsi Blog Anda ' name='description'/>

3. Penggunaan Keyword Pada Entri

Penggunaan keyword pada entri merupakan teknik asas SEO yang patut kita praktiskan. Penggunaan keyword dalam entri memudahkan entri anda dindeks oleh Google. Sewajarnya gunalah keyword di awal entri (pendahuluan,mukadimah) supaya robot dapat crawl dengan mudah.


4. Penggunaan Template SEO Friendly
Kebanyakkan blogger selalu memandang enteng terhadap penggunaan template. Ramai yang beranggapan template tidak memainkan peranan penting sangat. Mereka lebih gemar memilih template yang cantik dari sudut grafiknya tanpa memikir kod css yang terkandung dalam template tersebut. Kadang kala kod tersebut juga mempunyai error tanpa kita sedari, ini akan menjejaskan SEO blog . Jadi berhati-hati semasa memilih template.


5. Elakkan Letak Terlalu Banyak Gambar Dan Script

Perkara ini amatlah ditikberatkan kerana banyak juga di antara kita suka menghias blog dengan meletak gadget yang tidak penting. Hal ini akan menyebabkan blog anda menjadi berat untuk loading. Malahan, pembaca tidak akan bertahan lama di blog anda.  Berat yang paling optimum bagi sebuah blog adalah 100kb kebawah. Untuk ketahui lebih lanjut baca artikel ini Tips Untuk Buat Blog Loading Lebih Cepat.

Semoga dengan tips yang tidak seberapa ini dapat memanfaatkan kita untuk memperkukuh lagi penguasaan SEO. Sebenarnya banyak lagi yang ingin admin bincangkan pasal SEO ini. Tetapi cukuplah buat hari ini. Insya’ allah jika ada kelapangan masa admin akan berkongsi dan berbincang tentang SEO kepada anda.

6 comments

Click here for comments

wahh..highclass betul info yang awak bagi ni ya.Apa pun info dan ilmu seo yang blogger ketahui, tapi tidak menggunakannya, apa pun tak boleh..hhehe..

Semoga kita sama2 dpt SEO yg mencanak dgn keyword yg hot.

Apa itu meta tag ? Tidak mengerti -.-

Meta tag merupakan asas penting dalam sessubah blog. Untul lebih terperinci boleh baca di sini : [code] http://adibsite.blogspot.com/2013/01/meta-tag-untuk-blogspot.html [/code]

tip yang best bro.. aku bagi full star. haha

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.