Google Carian Sekelip Mata

By : Posted on 19/01/2013 - 1:03 pm with 1 comment

Carian sekelip mata? Tajuk macam pelik ja. Pelik tapi benar. Carian sekelip mata ini dituju khas untuk google. Siapa yang tidak kenal dengan Google. Google ini ibarat syurga maklumat untuk kita perolehi. Pelbagai maklumat dapat dicari dalam google itu. Tanpa menuggu masa yang lama. Jadi penggunaan “Carian Sekelip Mata” sebagai tajuk entri amat bersesuaian bagi menerangkan lagi secara mendalam mengenai google ini.

Pernahkah anda terfikir bagaimana google dapat search maklumat yang kita inginkan dengan mudah dan pantas. Boleh dikatakan 99.9% maklumat yang kita inginkan pasti akan terpapar di serach engine iaitu google. Bagaimanakah google dapat mencari maklumat tersebut? Pelbagai persoalan yang timbul berkenaan perkara ini. Jadi di kesempatan ini admin ingin mengulas lebih lanjut berkaitan “Carian Sekelip Mata” ini.

Google


SEBELUM MENCARI
Sebenarnya perjalanan pertanyaan carian bermula apabila anda menaip di Google. Pada masa yang sama, robot carwler akan merangkak atau merayap di Web seluruh dunia dari satu pautan ke pautan yang lain bagi mencari halaman web untuk membawa data kembali ke pelayan Google. Web boleh diibaratkan sebagai sebuah buku yang berjuta halaman dan google tugasnya untuk mengindeks buku itu. Untuk pengetahuan anda indeks yang dihasilkan oleh Google melebihi 100 juta gigabait dan mengambil masa 1 juta jam pengkomputeran bagi membina indeks ini.

seo

SAMBIL MENCARI
Algoritma Google mula mendapatkan maklumat yang anda cari apabila anda memulakan carian anda.
  • Pertanyaan carian bergerak pada purata 2400 km untuk mengembalikan jawapan anda (dan mungkin singgah di pusat data seluruh dubia di sepanjang jalan), pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya, beratus juta batu sejam. Gempak laju tu Kalahkan Formula1.
  • Sambil anda menaip pertanyaan anda, anda akan mula melihat ramalan carian anda , tanpa perlu menekan enter. Contohnya anda ingin mencari belajar SEO, semasa duk type kat google tu mungkin perkataan lain akan keluar juga seperti belajar memasak, belajar SEO, belajar keywords dan sebagainya. Betul tak. Ini akan mengurangkan beban kita untuk tulis ayat yang panjang dan menjimatkan masa.  

KEDUDUKAN
Algoritma melihat carian anda dan mengguna lebih 200 isyarat bagi menetukan halaman dan kandungan yang menjadi jawapan paling tepat dan berkaitan bagi pertanyaan itu. Google memperhalus algoritma kedudukannya melalui 500 peningkatan setahun.
Contoh isyarat ini:
  • Kesegaran kandungan di laman web
  • Bilangan laman web lain yang memaut ke tapak tertentu dan kuasa pautan tersebut
  • Perkataan di laman web
  • Sinonim kata kunci carian anda
  • Semak ejaan
  • Kualiti kandungan di tapak
  • URL dan tajuk laman web
  • Sama ada hasil terbaik ialah laman web, imej, video, hasil peribadi dan sebagainya.
  • Hasil disyorkan oleh orang yang berhubung dengan anda 
keyword


HASIL
Hasil atau keputusan disenaraikan dalam urutan paling berkaitan pada halaman utama google. Selain memapar hasil serta merta, Google juga memapar pratonton halaman web. Contohnya bila anda menuding pada anak panah di sebelah kanan hasil, anda dapat melihat grafik web tersebut malahan anda dapat pergi ke web tersebut dengan hanya klik pada gambar web tersebut. Pratonton ini dimuat dalam 1/10 saat secara purata.

Statistik:
  • Tedapat berbilion carian setiap hari di Google.
  • Sejak 2003, Google menjawab 450 bilion pertanyaan unik baharu.
  • Boleh dikatakan 16% carian baharu setiap hari 
website


Konklusinya, banyak peringkat yang perlu dilalui oleh Google bagi mengutip malumat apa yang kita nak. Betapa hebatnya sistem zaman sekarang ini. Terbuktilah kemajuan dunia maju seiring pemodenan teknologi yang canggih.
Sekian dari adibsite

1 comments:

Click here for comments

Tips yang sangat berguna kepada saya yang baru berjinak dengan blog. Terimakasih

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.