Cara Mudah Blog Cepat Terindeks

By : Posted on 16/02/2013 - 6:19 pm with 11 comments

Pernahkah anda mengalami masalah blog lambat diindeks atau tidak dindeks langsung oleh enjin carian. Jika Ya, mungkin ini menjadi masalah besar kepada anda. Sudah pasti dalam pemikiran  anda tercari-cari cara untuk mempercepatkan blog anda diindeks. Pengindeksan oleh enjin carian utama adalah sangat penting untuk mendapatkan trafik ke blog anda dan ia adalah satu faktor penting SEO.

Dalam artikel ini aku ingin huraikan beberapa langkah mudah bahawa setiap blogger boleh lakukan untuk mendapatkan blog anda diindeks oleh Google, Yahoo dan Bing secepat mungkin. Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah periksa blog anda sama ada sudah diindeks oleh enjin carian iaitu anda letakkan link ini di kotak enjin carian masing-masing site:www.nama-blog-anda.com

Contoh:-

Google

web

yahoo


Adakah anda berpuas hati keputusan yang disenaraikan oleh enjin carian? Jika ya baguslah, tapi jika tidak? Bukan menjadi satu masalah yang besar. Beberapa prakarsa yang boleh kita lakukan dalam mempercepatkan blog kita diindeks oleh enjin carian.

Daftarkan Sitemap Blog ke Google Webmaster


Webmaster
Langkah ini sangat penting iaitu menambah laman web anda atau sitemap blog di Google Webmaster. Google webmaster in diibaratkan sebagai orang tengah atau perantaraan di mana google webmaster sentiasa akan memberitahu enjin carian apabila blog anda dikemaskini (update blog). Secara tidak langsung blog anda senang diindeks oleh enjin carian. Jadi segeralah anda daftar blog anda di Google webmaster. Jangan lupa submit sitemap sekali. Nak tahu bagaimana tambah sitemap di Google Webmaster. Insya’allah di lain entri aku akan tunjuk caranya. [kemaskini] cara submit sitemap
 
Ping Blog Di Laman Social Bookmarking


Bookmark

Terdapat banyak laman social bookmark dalam dunia internet. Kebanyakkan laman sosial ini memepunyai pagerank yang tinggi sebagai contoh Facebok, twitter, Digg, Delicious, StumbleUpon. Apabila Pagerank tinggi semestinya Google bots  sentiasa melawati laman tersebut untuk melihat kandungan yang baru. Jadi inilah peluang anda untuk ping kan blog anda di laman tersebut.

Jadi, apabila Google spiders mula merayap di web tersebut dan terjumpa link blog anda , secara kebetulan ia akan ikut link blog anda dan akan mula merayap pula di blog anda pada masa yang sama pengindeksaan akan berlaku. Amaran, jangan terlalu overdos ping blog anda di social bookmark tersebut kerana ia ada kesan sampingan juga.

Ping Blog Di Blog Direktori

Directory

Tidak perlu rasanya untu huraikan lebih pasal benda ini. Caranya hampir sama seperti cara di atas. Cuma bezanya laman web, kerana laman Blog Direktori lebih terperinci lagi kerana ia ikut niche blog semasa anda hendak ping. Contohnya web yang menyediakan perkhidmatan ini Technorati, BlogCatalog, MyBlogLog.

Komen Di Blog Yang Menggunakan Do-Follow 


dofollow

Blog yang doffolow akan membenarkan 'search engine', terutamanya Google untuk mengimbas bahagian 'Comment' blog untuk mencari  perkataan sepadan yang telah di taip pada 'Google search.' Jadi bila anda komen di blog tersebut sambil membina backlink sacara tidak langsung enjin carian akan mengikuti pautan tersebut dan mula mengindeks blog anda pada masa yang sama.

Tapi, harus diingatkan , JANGAN SPAM, kerana admin blog itu akan memadam komen anda. Mungkin anda tertanya apa itu komen komen? Bagi contoh yang mudah di mana dalam komen tersebut terdapat link seperti Skim Cepat Miskin, Skim Cepat Kena Tipu dan lain-lain sewaktu dengannya. D mana link tersebut kita jarang lihat dan jarang tahu serta mencurigakan dan itulah komen SPAM.

Komenlah secara berhemah dan anda patut bersyukur kerana blog yang anda komen itu mengamalkan do-Follow jadi anda juga yang untung termasuk tuan empunya blog tersebut.

Kesimpulan
Intiharnya, amalkan cara ini setiap masa. Insya’allah segala entri blog anda akan diindeks . Masih banyak lagi cara yang boleh anda lakukan. Ini hanyalah cadangan dan pendapat aku sahaja. Terpulanglah sama ada nak ikut atau tidak.
Sekian

11 comments

Click here for comments

nice tips..
smmgnye nk mju dlm dnia blog bkn keje sehari dua tp ianya perlkan usaha yg berterusan lgi2 bg pengguna blogspot

nice tips....hari tu kena jugak ..sampai 3 hari baru nak indeks kalut jugak kot...

Masih lagi mendalami ilmu seo terbaik.

mkasih tipsnya master..

keren dah :-bd

terima kasih memanga banyak membantu

jarang update juga merupakan salah satu faktor.. betul ke?

Frekuensi update bukan menjadi faktor utama blog lmbat diindeks, yg pasti kualiti sesebuah content. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti .

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.