Definisi Dan Kelebihan Template Responsive

By : Posted on 03/12/2013 - 11:46 am with 4 comments

Mutakhir, kemajuan teknologi mengalami anjakan paradigma yang cukup mengagumkan. Hampir setiap negara berusaha memajukan teknologi masing-masing demi membuktikan kemampuan tesendiri. Buktinya, lihatlah kewujudan gajet-gajet yang yang sebelum ini dianggap mustahil untuk dikonstruktif namun sekarang gajet-gajet tersebut menjadi realiti.

Antara syarikat besar yang telah berjaya dalam arena teknologi adalah seperti Samsung, Apple, Acer, Asus dll. Kewujudan syarikat-syarikat tersebut telah menjana peningkatan dalam teknologi. Gajet-gajet yang menjadi perhatian pada zaman sekarang seperti Tablet, Ipad, Telefon Pintar dan lain-lain merupakan aset penting bagi mereka yang gemar melayari Intenet.

Dahulu, Komputer atau komputer riba merupakan relatif utama bagi setiap orang untuk melayari Intenet. Kini, penggunaan komputer/riba bukan menjadi pilihan pertama buat pengguna intenet disebabkan kewujudan pelbagai gajet yang sedia ada.

Berdasarkan fenomena ini, penggunaan template yang responsive amat penting terhadap sesebuah blog terutamanya pengguna blogspot. Amatlah rugi jika tidak megunakan template yang responsive, cuba anda fikirkan template yang diedit cun melecun tapi bila online menggunakan telefon bimbit template itu berubah menjadi default seperti yang ditetapkan oleh blogger.

Apa Itu Template Responsive

Template responsive ialah template yang dapat menyesuaikan skala saiznya mengikut browser atau gajet tertentu. Cuba anda kecilkan saiz browser anda dan lihat perubahan yang terjadi kepada blog anda. Jika saiznya berubah mengikut saiz browser anda maka ia adalah responsive. Contoh grafik di bawah ini:

Blogspot


Penggunaan template yang responsive memberi impak yang positif terhadap blog terutamanya dalam seni SEO. Antara kelebihannya ialah :

Mengelakkan "Duplicate Content"

HTML
masalah duplicate content
Masalah duplikasi kandungan ini terjadi apabila terdapat isi kandungan blog yang sama dilulang di laman tertentu. Bagaimanakah ini berlaku ? Secara ringkasnya apabila anda melayari blog anda dengan menggunakan gajet seperti telefon pintar secara tidak langsung URL entri anda akan berubah.Contohnya www.bloganda.com, apabila URL tersebut dilayari dengan menggunakan Telefon / Tablet url-nya akan berubah menjadi www.bloganda?m=1/ .

URL yang berbeza tetapi entri yang sama. Inilah penyumbang berlaknya Duplicate Content. Tetapi jika anda menggunakan template yang responsive perkara ini tidak akan berlaku.

Rendahkan Nilai Bounce Rate

Bounce Rate bermaksud purata masa pelawat mengunujung blog kita. Apabila menggunakan template yang responsive design tidak akan berubah apabila dilayari menggunakan gajet tertentu. Jadi pengunujung lebih terpikat untuk singgah blog ke blog apabila melihat susunan yang rapi dan mudah dibaca dengan struktur warna yang menarik. Pengunjung pasti akan stay di laman tersebut. Kesannya Nilai Bounce Rate akan  menurun.

Elokkah nilai bounce rate menurun : Isi lebih lanjut mengenai bounce rate singgah sini :

Traffik Menigkat

Blog yang menggunakan template yang responsive lebih mudah untuk tingkatkan traffik blog.Seperti huraian di atas, majoriti manusia menggunakan gajet untuk melayari internet. Jadi template yang responsive sememangnya membantu.

SEO
Sumber Traffik


Kesimpulan
Penggunaan template yang responsive memberi karisme tersendiri kepada sesebuah blog. Anda tidak akan rugi atau menyesal jika menggunakan template yang responsive. Jadi fikir-fikirlah demi kemajuan blog anda juga.

4 comments

Click here for comments

ini rpenye mksud template responsive..
ade org ckp, template responsive bgos pd owner blog yg psng iklan pop-up krn x menganggu user terutama user yg layari gne hp.
betulkah???

terima kasih kerana berkongsikan info ini..

p/s: Salam blogwalking dari peserta-Contest SEO Eridy

Benar mas, saya susah menerapkan remplate responsice pada blog saya, dan juga mendisable kan cersi mobile, hasilnya blog saya bisa diakses sari berbagai gadget. Terima kasih atas infonya

_______________
Jhn World | Responsive Design

ada rekomendasi yang jual template resposive yang keren gak gan?

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.