Kesan Tukar Domain

By : Posted on 03/05/2014 - 11:46 am with 18 comments

beli domain

Setelah seminggu lebih menggunakan domain adibsite.com ini. Banyak juga kesan yang dialami setelah menggunakan domain baru ni. Maklumlah blog ini sudah pun mencecah usia setahun lebih, jadi pembelian domain yang baru ini mungkin agak terlambat.

Jadi saya ingin kongsikan beberapa kesan yang mungkin dialami oleh blogger setelah membeli domain yang baru terutamanya pengguna blogspot.

Alexa Rank

Penukaran domain akan memberi impak kepada alexa rank. Alexa rank akan kembali ke asal ataupun n/a (not available) kerana blog anda dianggap baru. Jadi segala data semuanya hilang.

Anda tidak perlu risau mengenai alexa rank ini, kerana alexa rank selalu ada kemaskini baru. Jadi hanya perlu tunggu dan lihat saja.

Page Rank

Kesan terhadap pagerank ini sama dengan kesan terhadap alexa rank. Pagerank akan kembali ke kosong atau n/a apabila tukar domain. Kebanyakkan blogger yang berat hati untuk berpindah ke domain selalu berpunca dari nilai pagerank. Mungkin sesetengah blogger sudah mempunyai nilai pagerank tinggi lalu rasa berat hati untuk tukar domain yang baru.

Saya tidak berapa kisah sangat dengan nilai pagerank ini sebabnya semasa saya menggunakan subdomain blogspot nilai pagerank-nya masih kosong. Jadi tiadalah rasa kecewa bila bertukar ke domain yang baru ini.

SERP-Keputusan Hasil Carian (Entri)

Ya, apabila bertukar domain secara tak langsung ia akan mempengaruh entri yang berada di serp.  Banyak juga entri saya yang berada di halaman pertama google Malaysia jatuh. Namun , pada carian google dot com entri saya masih berada di kedudukan yang lama dalam erti kata lain tidak berubah.

Traffik 

Traffik blog akan mengalami sedikit penurunan dalam kuantiti yang agak kecil. Ini bergantung berapa banyak entri anda berada di top halaman google. Traffik blog boleh dicari, cuma perlu ambil masa saja. okay!

Tips Dan Saranan

Tips - Setelah menggunakan domain yang baru kalau boleh kurangkan aktiviti pembinaan backlink selama semiggu. Biar google kenal dulu blog anda. Takutnya jika anda membina backlinks secara drastik pada usia domain yang masih baru risiko sesebuah blog itu dianggap spam amatlah tinggi.

Saranan:

Jika anda mahu bertukar domain dari blogspot ke dot com lebih baik lakukannya dari awal. Ini bagi mengelakkan semua masalah di atas itu tidak berlaku.

Jika anda sudah terlewat seperti blog saya ini, tapi ingin domain yang baru just do it. Buat masa ini semuanya ok dari segi traffik masih stabil walaupun ada sedikit penurunan..


18 comments

Click here for comments

tahniah adib. selamat berdomain. byk effectnya bila berdomaian. tp dgn berdomain anjakan yg sgt bgs.

adib nak tanya..kalau dinilai dri segi seo

tajuk artikel BI, isi artikel diterangkan dlm BM..nak tanye adakah ianya masih ok dri segi seo? contoh: tajuk artikel: how to be blogger
penerangan dalam bm, cuma keyword tajuk tu masih digunakan dlm artikel.

ker..seo nya lebik baik gunakan BM keseluruhannya. contoh: tajuk artikel: cara menjadi blogger. penerangan dlm bm

maksud yumida, tajuk BI tapi artikel BM betulkah?

dari segi seo rasanya tidaklah memberi efek yg besar, namun dari segi traffik terhadap entri tersebut mungkin akan terjejas sedikit. Jika kita nak target pembaca dari Malaysia lebih baik menggunakan bahasa melayu.

Nak guna English boleh sebagai tajuk cuma persaingan cukup tinggi untuk kejar ranking di SERP. Lagi satu jika pengunjung tak faham dalam BM mungkin di akan terus tinggalkan blog anda

Kesannya, bounce rate mungkin akan meningkat. :)

ada perancangan juga nak buat domain baru...blog masih baru lagi

as salam. sy pun baru bertukar domain...

wasalam, tahniah ye sebab tukar domain baru.. :)

ok jugak beli domain baru untuk blog yang masih fresh. Nanti masalah di atas dapatlah dielakkan.

Memang banyak yang mempengaruhi apabila bertukar domain tapi itu semua bersifat sementara.

saya ada berdominan juga blogspot ada. apa penting teruskan minat menulis insyallah semua akan kembali normal walaupun ia makan sedikit masa

ooo mcm tu. tengkiu adib.

ya, ia hanyalah sementara saja.

tahniah sebab dah muka memakai domain sendiri..:D yang penting renew untuk tahun seterusnya tu buleh la direnew dengan jayanya..biasanya nak renew tu yg macam malas..:D

betul tu.. bila dh lama guna terlupa pulak tarikh utk renew..

Hehe..pengalaman belake ni..bukan selalu dapat pengalaman macam ni..hehe

sekarang dah tukar domain baru!

dah alami pengalaman semua yang disenaraikan di atas. Tapi tak kisah, bina balik pelan-pelan. Terima kasih berkongsikan pengalaman kat sini.

tukar domain ni ibarat mcm bermula dr kosong lah..tp dgn pengalaman yg saudara ada menjadikan ianya bukan perkara yg sukar...

Ya.

Kalau tak dilakukan dengan berhati-hati..memang banyak gak kesan buruknya nih.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.