Cara Tukar Kad Debit CIMB Baru

By : Posted on 10/11/2016 - 9:50 pm with 3 comments

Tukar Kad Debit CIMB baru okay? Disebabkan perlaksanaan sistem yang baru di mana semua kad debit yang lama perlu ditukar kepada yang baru. Disebabkan hari ini mempunyai masa terluang aku pun memaksakan diri aku ini yang tidak berapa rajin ini untuk pergi ke bank CIMB. Hehehe

kad debit CIMB yang baru


Prosedur Buat Kad Debit CIMB

Tibanya di bank aku pun beritahu dekat staff untuk buat kad baru bagi menggantikan kad yang lama. Pihak bank akan bagi helaian kertas untuk diisi beberapa yang maklumat. Selepas itu pergi ke kaunter bank sediakan dua benda iaitu IC dan kad debit CIMB yang lama. Selesai saja urusan di kaunter anda akan dapat helaian kertas bersama no pin sementara dan juga kad baru debit baru CIMB. Pergi ke mesin atm untuk tukar no pin sementara itu ke no pin yang baru.

Untuk yang mempunyai akaun CIMB Clicks

Bagi yang mempunyai akaun Cimb Clicks anda perlu kemaskini akaun anda disebabkan no kad debit baru tidak sama dengan no kad debit yang lama.

Caranya:

  • Log in ke laman cimb cliks seperti biasa. 
  • Setelah anda log in anda kan dimaklumkan untuk kemaskini akaun yang baru. 
  • Kemaskini yang perlu dilakukan adalah dengan masukkan no kad baru yang terpapar di kad anda serta no pin kad tersebut.
  • Selesai untuk kemaskini akaun cimbclicks.


Jadi bagi yang belum tukar ke kad debit cimb yang baru, cepat-cepatlah pergi tukar sebab penukaran kad debit ini adalah percuma bagi yang sudah mempunyai kad yang lama.

3 comments

Click here for comments

pasport ori x der boleh tukar ker

Tukar kad baru kena bayar ke

Pada masa artikel ini diterbitkan, tiada bayaran yang dikenakan. Tidak pasti jika dikenakan charge sekarang ini. Mungkin tidak sampai rm20 jika dikenakan charge.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.