Cara Daftar RFID

By : Posted on 15/12/2019 - 6:35 pm with No comments

Apa itu RFID? RFID yang membawa maksud Radio Frequency Identification yang merupakan alternatif baru untuk pembayaran tol. Umumnya, sejak azali lagi tol di Malaysia menggunakan sistem touch n go, smart tag dan bayaran tunai. Jadi wujundya RFID ini merupakan satu langkah bagi mengurangkan kadar kesesakan di jalan raya. RFID ini telah diperkenal sejak tahun 2018 lagi.

Cara Daftar RFID

RFID ini diibaratkan sebagai kod bar. Jadi tol akan scan kod bar yg dilekat di kereta. Konsepnya seperti anda membeli barang dan scan di mesin untuk semak harga. Begitulah juga proses RFID ini.

Jadi berbalik pada topik asal iaitu cara daftar RFID. Sebenarnya langkah untuk daftar ini tidaklah sukar mana hanya perlukan kerajinan sedikit dalam diri ini untuk pergi tempat pendaftaran. Jadi untuk memudahkan lagi aku cadangkan muat turun aplikasi touch & go eWallet di app store atau playstore. Aplikasi ini akan menghubungkan dengan RFID jadi ia akan mudah untuk semak baki dan tambah nilai.

Cara Daftar RFID


  • Muat Turun aplikasi Touch & Go eWallet di handphone anda
  • Untuk log in sila daftar dulu di aplikasi tersebut.
  • Kemudian semak lokasi tempat untuk oendaftaran hanya ada di tempat tertentu saja. Semakan boleh di buat dalam aplikasi tersebut.
  • Anda walk in tempat tersebut tanpa perlu bawa sebarang dokumen. Cuma kereta yang hendak pasang RFID perlu di bawa.
  • Pihak pendaftar akan suruh anda daftar online dahulu di https://rfidregister.touchngo.com.my/login
  • Selesai. Pihak pendaftar akan pasang RFID di kereta anda. Untuk kereta aku, mereka pasang di lampu depan.
  • Proses pendaftaran selesai. Tapi, anda tidak boleh terus menggunakannya. Sekurangnya dua hari untuk RFID di aktifkan. Mesej akan di hantar, tanda RFID anda sudah aktif.


Mudahkan? Sebenarnya sekejap saja proses pendaftaran ini. Tapi bergantung jugak bilangan orang yang mendaftar pada masa itu. Jadi sementara masih percuma ini, cepat-cepatlah pergi daftar. Tahun 2019 hampir melabuh tirai dan inilah entri aku yang terakhir untuk tahun ini. Aku tak pasti sama ada ini entri pertama atau terahir tahun ini.  Semoga bermanfaat.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.