16 Fakta Sains Yang Kita Tidak Tahu

fakta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dalam kehidupan seharian kita pelbagai perkara telah berlaku tanpa kita sedari. Tidak kiralah sama ada perkara tersebut sesuatu yang direka atau semulajadi. Namun kita ada terfikir ke tidak bagaimanakah perkara tu boleh berlaku.

Di sini admin ingin kongsikan sesuatu fakta yang benar dan pernah berlaku dalm diri kita. Fakta lebih kepada sains. Sebenarnya kajian sains selalu memberikan misteri buat kita semua.Secara realitinya masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.

Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.
2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.
3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sedarkan diri,korang akan mulai bernafas normal secepatnya).
5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.
6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.
7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.
8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.
9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.
10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.
11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.
12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.
13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.
14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.
15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.
16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.

p/s: Boleh tak terima fakta sains begitu. Fakta nombor 2 itu hanya sekadar kajian yang dibuat.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post