Cara Mandi Wajib Atau Junub Yang Sah

mutlak

Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda 

Sebab Perlu Mandi Wajib
Setiap apa yang terjadi mesti ada sebabnya. Begitu juga dengan mandi wajib ini, mandi wajib bukanlah kena buat selalu tetapi ada sebab yang memaksa kita untuk melakukannya. 
  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak. 

Rukun Mandi Wajib
Terdapat tiga mandi wajib. Cukup tiga rukun ini mandi wajib anda sah 
  • Niat
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab 

niat


Sunat Ketika Mandi Wajib 
Sunat adalah perkara yang dituntut. Jika anda melakukannya anda mendapat pahala. Tetapi jika anda tidak melakukannya anda tidak mendapat apa-apa.
  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib 
Cara mandi wajib ini sepatutnya anda memberi sedikit tumpuan agar akan memudahkan anda untuk faham. Jadi fokus jangan tak fokus.

  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat dahulu sebelum mandi. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  • Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki. 

318 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. Sah. Janji air kena menyeluruh badan :)

    ReplyDelete
  2. maaf.. mungkin bahasa saya tak difahami.... cuba buka utube ustaz don daniyal bab toharah(mandi wajib)... cara penerangannya sangat mudah difahami..

    ReplyDelete
  3. semoga mandi junub kita diterima di sisinya

    ReplyDelete
  4. Lafaz niat itu sunat..
    niat itu yg wajib..yup ketika mengangkat takbir..

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum warrahmatullahiwabarokatuh ..
    syukran untuk anta/antuma .
    sekarang ana tidak lagi merasa was2 dengan mandi wajib ana ...

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum ~ bolehkah saya bertanya .
    saya ingin kembali kepada Nur Allah ..
    kerana banyak titik hitam telah sy lakukan .
    apakah perkara pertama yang perlu sy lakukan untuk menyucikan diri ?
    boleh di katakan sy Jahil . melalui perkataan Jahil . pasti anda tahu maknanya bukan ..

    sy ingin kembali mengenali Rabb .
    sy ingin kelapangan di dada .
    salam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, sebaiknya saudara Hafinaz lakukan solat sunat taubat dulu,.

      setiap manusia xlari dari mmbuat kesilapan, Tindakan saudara kmbali ke jalan yg benar adlh prkara murni dan sewajarnya,

      Saya doakan saudara smga brada di jln yg benar serta mndapt rahmat drpd Allah swt.

      Delete
  7. salam... saya ada sdkit pertanyaan... jikalau pasangan itu melakukan persetubuhan tanpa zakar dimasuk kan ke dalam kemaluan perempuan tetapi hanya melakukan hubungan luaran seperti menjilat,mencium dan sebagai nya di kemaluan lelaki dan perempuan sehingga mengeluarkan mani bagi kedua-duanya dan sekiranya selepas beberapa jam lelaki atau pun perempuan itu melakukan onani mandi yang manakah harus mereka lakukan??? saya perlukan jawapan yang jelas... tolong bantu saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,, sya x brpa faham maksud anda iaitu "apa yg mereka perlu lakukan" . Maksud anda mandi apa yg perlu dilakukan ?

      Pertama sekali anda kena mandi wajib, sebabnya (keluar air mani) wlpun pstubuhan x brlaku.

      untuk mandi tersebut, memadai dengan salah satu daripada niat-niat berikut:

      1-sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta'ala
      2-sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta'ala
      3-sahaja aku mandi fardhu kerana Allah Ta'ala
      4-sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala.

      Delete
  8. kan ade part yg ckp, kita perlu gosok atau sapu di anngota badan kan, yang tu air die daripada air drpd air yg kita guna selepas niat ke? kalau kite guna shower macam mane? nak perlu niat ke setiap kali kite nak gosok air dekat tangan ke ape ke?

    ReplyDelete
  9. niat hanya sekali sahaja iaitu Niat ketika air mencecah badan. Jadi kalau guna shower pun takpa x menjadi masalah.

    ReplyDelete
  10. salam nk tya 1 soalan.. klu mandi wajib ni cthnya dtg haid ke,kluar air mani,nifas atau apa2lah yg mybbkn kita perlu mandi wajib ni.. blh ke kita gunakan niat shj aku mengangkat hadas besar fardhu keatasku krn Allah taala.. tanpa ikut sebab2 cthnya krn haid,krn junub dll..

    ReplyDelete
  11. nk tanya.. dalam lubang2 kemaluan dubur lubang telinga lubang hidung... perlu ratakan air x?

    ReplyDelete
  12. Salam. Nak bertanya sedikit, air yang sentuh ke kepala tu, semasa mandi biasa ke mandi wajib? Harap ada yang sudi bantu.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi wajib bermula apabila niat dilakukan ketika air mencecah mana-mana anggota badan. Jadi xkisahlah kepala atau apa-apa pun.

      Delete
  13. Maaf, saya juga nak bertanya, kalau semasa mandi biasa, saya tak pakai sabun, saya cuma jirus air ke satu badan. dan sebelum mandi saya ada niat "sahaja aku mandi wajib kerana_______kerana Allah Taala". Lepas tu, semasa mandi wajib, saya ratakan air pada anggota badan tapi saya terlupa untuk berniat. saya niat semasa jirusan kedua. Jadi bagaimana? sah kah solat saya? Saya keliru :(

    terima kasih

    ReplyDelete
  14. assalamuallaikum
    saya nak bertanyakan soalan sedikit
    sebelum kita mandi wajib kita mesti buang semua air mani dkt badan kitakan ..
    lepas kita dah buang baru mandi wajib .. tapi kalau kita terasa melekit dkt sesuatu permukaan contohnya dkt tangan , adakah mandi wajib kita sah jika diteruskan atau pun kena buat lagi sekali

    ReplyDelete
  15. Boleh x mandi wajib guna shower

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...akk ada kemusykilan..sebelum nih klau akk mandi junub akk hanya niat mandi hadas besar shj..mmg x baca niat mandi junub..and akk hanya niat bahasa melayu dalam hati..makna kata x sah lah mandi akk yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat hadas besar ia tetap sah, sebabnya mandi wajib dilakukan kerana untuk menyucikan diri dari hadas besar . Niat sememangnya kena dalam hati. Jadi apa yang akak lakukan itu betul .. :)

      Delete
  17. yg menyapau bahagian zahir tu selepas siram kanan ke kiri

    ReplyDelete
  18. saya mau tanya mandi wajip caranya telanjang,pakai celana dalam atau pakaian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi telanjang boleh, cuma makruh. Disyarankan pakai kain basah pun sudah mencukupi..

      Delete
    2. disunatkan menutup bahagian2 tertentu, kalau buat perkara sunat ni dpt pahala kalau tak buat rugi....

      Islam Itu Indah,, mandi pun dapat pahala..

      Delete
  19. kalau guna air pancut(shower) macam mana pulak? wajib guna gayung ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ja guna shower., guna gayung bukan satu kewajipan.

      Delete
  20. Terima kasih utk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum. Sy nak tanye sikit. Boleh ke kita mandi wajib setiap kali selepas kita mandi biasa jika kita tidak yakin yang kita masih tidak bersuci? Ini kerana sy ade bce dlm satu artikel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, Boleh je, Tapi jgn amalkan sgt sgt sikap kurang yakin itu takut menjadi kebiasaan pula,. kalau dh yakin dah kita bersuci jadi xperlu la buat berulang kali. ok.

      Delete
  22. Assalam. Sye ingin minta pendapat sikit. Jika seseorang itu membaca sebuah buku yg mengandungi isi seperti hubungan suami isteri dengan sengaja kemudian keluar sesuatu cecair dari kemaluannnye. Adakah dia perlu mandi wajib untuk bersolat dan sebagainya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, Ya perlu mandi wajib sekiranya air itu adalah air mani.. anda boleh rujuk di atas "sebab2 perlu mandi wajib".

      Delete
  23. salam..saya nak tanya batal ke kalau mandi dalam keadaan bogel..coz kalau beralas nanti air tak kena seluruh badan..tolong jawap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x batal pun, cuma makruh. Disyarankan pakai kain basah pun sudah mencukupi..


      Delete
    2. disunatkan menutup bahagian2 tertentu, kalau buat perkara sunat ni dpt pahala kalau tak buat rugi....

      Islam Itu Indah,, mandi pun dapat pahala..

      .:Anonymous 19 January 2014 18:20:.

      Delete
  24. Assalamualaikum.. maaf tumpang tanya ckit ..
    Semasa mandi wajib, kalau kita terfikirkan sesuatu semasa mandi wajib, adakah mandi wajib kita itu sah ?

    ReplyDelete
  25. salam,,,,,, saya mau tanya kalo sbelum mndi wjib kan wudhu
    niat wudhu itu sama nggak sama niat wudhu biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat wudhuk tidak sama dengan niat mandi wajib.

      niat wudhuk = hadas kecil

      niat mandi wajib= hadas besar.

      Delete
  26. Assalamualaikum. nak tanya skit la.. kalau kita mandi biasa + wajib lepas dari tu baru ambik wuduk boleh ke? sbab yg sye blajo dri kecik mcm tu. harap ade yg balas. :3

    ReplyDelete
  27. Terima kasih untuk perkongsian ilmu sebegini.diharap usaha murni ini berterusan sampai ke akhir zaman.dewasa ini amat sukar untuk kita melihat anak2 muda mencari jwpn tentang hal2 begini dr alim .semoga dgn ini dpt menjelaskan kekeliruan yg menyelubungi umat islam.thank ustaz muda..

    ReplyDelete
  28. Main 3 ke 4 kali pun cukup sekali mandi wajib.betul x ustaz muda.

    ReplyDelete
  29. macam mana kalau time rata kan air tu tpegang kemaluan @ dubur? adakah wudhu kita batal.

    ReplyDelete
  30. Tumpang tanya, selepas mandi biasa kena lap badan sampai kering ke boleh terus mandi wajib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus ja mandi wajib, x perlu nak lap badan sampai kering..

      Delete
  31. saya nak tnya..saya xfaham yg last sekali tu... disitu ada menyatakan

    "Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki."

    jadi ape yg saya xfhm..klo kte tidak berwudhuk sebelum mandi wajib...bagaimana pula penyudahnya..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik ja point ni sbg penyudahnya :

      Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

      Delete
  32. Sy seorang mekanik ,, sy sering bermain ngan minyak, ,, selalu di bahagian xelah kuku sy berminyak,,,, walaupon digosok,,, hanya 80% je yg hilang,,,, jadi adkah mandi wajib serya solat sy sah?,.

    ReplyDelete
  33. salam, cth kalau kita keluar mani 2 kali, perlukah mandi wajib 2 kali?

    ReplyDelete
  34. Nak tanya sikit, kalau nak mandi wajib kena ke simbah air tiga kali di tengah, tiga kali di kanan, lepas tu tiga kali di kiri, dan seluruh anggota badan selepas itu?

    ReplyDelete
  35. insya-Allah diterima Allah coz awak tidak tau cara mandi wajib yg sebenar.
    Wallahualam. (:

    ReplyDelete
  36. Salam. Kalau mandi biasa dulu kena niat jugak ke sebab kata niat kena serentak bila air cecah anggota badan. Maksudnya niat tu hanya bila mula mandi wajib ke, atau bila air kena anggota badan contoh basuh tangan atau berwuduk terus kena niat? Mohon pencerahan sedikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi biasa xperlu niat, mandi wajib baru niat, niat di dalam hati saat air mencecah mana2 anggota badan ketika mula mandi wajib.

      waktu amik wudhuk tu xperlu niat mandi wajib lagi..

      Delete
  37. kalau mandi wajib nya telanjang sah ataw tidak???

    ReplyDelete
  38. Boleh tak kalau kita ambil wuduk dan mandi wajib tidak berpakaian...???

    ReplyDelete
  39. Sebaiknya gunakan bahasa yang mudah dimengerti

    ReplyDelete
  40. As salam.sy ingin bertanye bab kurang jelas...semasa kita mgosok seliruh badan ape bila sampi di tempt qubul n dubur adakah perlu berlapis kn kain tuk mengosok kerana dalam keadaan berwuduk.jika tidak berlapis dan tersentuh adakah wuduk kita terbatal

    ReplyDelete
  41. hmmm.......keliru nya...banyak percanggahan..harap orang yang betul2 arif tentang mandi wajib/junub tampil menyatakan cara yang sebenar..

    ReplyDelete
  42. tumpang tanye... masa sy mmbuang air besar, ade sesuatu cercair kluar bersama semasa meneran*maaf terkasar ayatnye*.. adakah cecair tersebut air mani? perlu ye mndi wajib??

    ReplyDelete
  43. saya nak tnya.... semasa mmbuang air besar... ad cecair turut keluar bg wanita.. kompius cecair apa? adakah air mazi? mnta penjelasan...

    perlu mandi hadas ke???

    ReplyDelete
  44. mandi nie bole pakai sabun semuakan?

    ReplyDelete
  45. Satu soalan~
    mandi mendahulukan kepala ,badan kanan dan badan kiri...adakah itu dikira sunat atau wajib? tolong jawab soalan ini kerana ini memeningkan kepala saya~:( adakah sunat atau wajib _ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SUNAT memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

      Delete
  46. Sah ke kalau kita mandi wajib tros tapi wax ada pada rambut ?

    ReplyDelete
  47. Adkah trime mandi wajib sy kalo lpas jimak trus mandi wajib?? sdangkan sy xtau air mani sy sudah kluar spnuh nye atau blom... tlg sy

    ReplyDelete
  48. Kalau mcm ada hitam di leher dan celah lipatan mcm mana? perlukah kita sental sehingga putih?

    ReplyDelete
  49. salam..saya nk tya lpas mndi biasa tu..kene amik wudhuk...kene pakai towel ke..atau bole tanpa berpakaian.

    ReplyDelete
  50. ass,pa boleh kah di bulan suci ramadhan nie bersetubuh pada malam hari....??? dan ber pengaruh kah pada pahala puasa kita....???

    ReplyDelete
  51. Terima Kasih atas panduan yang di berikan :)

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum , Kalau Sudah Keluar Air Mani tetapi tidak mandi wajib adakah sah solatnya ?

    ReplyDelete
  53. as salam.....saya ade satu soalan....jika mandi wajib itu didahulukan dengan membasuh kaki...sah x mandi wajib kita????

    ReplyDelete
  54. pengongsian yg menarik.. http://4.bp.blogspot.com/-ip66eq3uRI8/UKhVF-QK8lI/AAAAAAAADO4/P0G-1PcWpQs/s1600/applause.gif

    ReplyDelete
  55. Mcm mna cara2 mandi wajib dalam sungai.,?

    ReplyDelete
  56. Jadi sah saja ya, jika mandi wajib tidak menggunakan shampo asal niat dan membasuh keseluruhan bada..

    ReplyDelete
  57. saya nk tahu.. baru ii ni mak saya meninggal. sblom tu dye haid ketika skit ..blom smpat mndi wajib..apakah hukumnya... adakah perlu membayar atau pun brsedekah utk mnebus dosa arwah mak saya.. #nkthu

    ReplyDelete
  58. SAHAJA aku mandi hadas besar kerana Allah Taala....
    boleh sy taw maksud SAHAJA disini>>>???

    ReplyDelete
  59. Sesungguhnya, Hanya sepotong ayat dapat menjadi ilmu.. eloklah diperhebahkan dan diAmalkan.

    cara mandi wajib dengan sempurna

    ReplyDelete
  60. thank you for sharing :)

    ReplyDelete
  61. nak tanya adib
    1. lupa kiraan mndi wajib xingt da brpe kali .sah ke
    2. perlu ke 3x blh kiri kanan? klo terlupa 2x je sah?
    3. brpe kali nk niat ? kalo 3x kanan n 3x kira mkna 6x niat?
    4 wajib sentuh kemaluan n dubur x nak mandi wajib kalo xsentuh x sah ke?
    tolong en.adib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiraan itu xapa... kiraan 2x @ 3x itu xmnjadi mslah. Poinnya di sini air kena selruh badan n tiada kotoran yg mnghalangnnya.. niat hnga sekali iaitu saat air mencecah anggota badan..

      Delete
  62. Asalammualikum..

    Saya nk tanya ..tdi ada org ckp klau nk mandi wajib kne serentak ngan niat ann..cane uhh ye ..kite kne bgi tubuh kene air petengahan niat ke ..atau permulaan niat uhh

    ReplyDelete
  63. Asalamualaikum

    Kawan saya ade ckp yg klau nk mandi wajib uhh kne serentak ..cane nk bwat serentak uhh ye ..nk kne bgi tubuh kne air masa pertengahan niat ke ..atau permulaan niat..
    Dan klau kat tangan ade dakwat pen or something yg melekat sah ta mandi wajib kite..
    TQ

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum.. bolehkah semasa meratakan air kite gosok dengn tngn kemaluan kita dan ditempa tempat lain..

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum..bolehkah kita gosot kemluan kita dengan tngn atau kita ratakan air shj..

    ReplyDelete
  66. assalammualaikum..
    saya nk tanya jika dlm seminggu 3 hari melakukan persetubuhan, selang seli dlm seminggu,berapa kali perlu mandi wajib? 3 kali atau sekali??

    ReplyDelete
  67. asalammualikum adib site saye nak tanye selepas mandi biasa kita handak mengambi wuduk dengan membaca niatkan

    ReplyDelete
  68. Kalau kluar air mani dan berjunub
    Mcm mna niatnya

    ReplyDelete
  69. Tompang tanya, sikirenye semalam saya sudah bersetubuh bersama suami saya dan keesokan paginye saya datang haid sebelom saya sempat mandi junub. Kalau nk mandi wajib yg mane satu kah saya harus berniat??? Atau pn kedua2 niat serentak??? Niat mandi junub dan haid...

    ReplyDelete
  70. Sah walaupun terberak dan terkencing semasa mandi wajib, teruskan mandi hingga selesai.
    kalau masih ada air mani maknanya mandi tak lengkap, dah namanya mandi mestilah bersih semua dan air tersebut sampai ke semua bahagian kulit.

    ReplyDelete
  71. Wa'alaikumsalam, wax rambut memang menghalang air dari terkan rambut kerana wax bukanlah minyak tetapi bahan yang lebih kepada menyerupai lilin. Saya pun selalu guna wax, dan cara mudah untuk menghilangkan wax ialah dengan dry shampoo. Maksudnya gunakan shampoo pada rambut kering, cuci rambut berwax tadi tanpa air hanya dengan cecair shampoo sahaja.
    Oleh itu, mandi tersebut tidak wajib kerana air oleh wax.

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum. Saya nak tanya, bagaimana nak bezakan antara keputihan dan air mani? . Dan sah ke mandi wajib jika tidak menyiram air sebanyak 3 kali tetapi hanya sekali dalam masa yang sama mengira sebanyak 3 kali? Sah ke?? Harap ada yang jawab

    ReplyDelete
  73. kebiasaan saya bila mandi wajib seperti berikut:
    1. saya basuh tangan
    2.saya basuh kemaluan SAMBIL NIAT MANDI WAJIB
    3.pastu saya berwuduk seperti biasa
    4. saya smbung mandi wajib keseluruh anggota tubuh yg lain kecuali kemaluan kerana kemaluan saya dah basuh sebelum berwuduk.
    Dengan cara ni kita tak perlu risau wuduk terbatal ketika meratakan air ke seluruh anggota

    WALLAHUTAALA A"LAM

    ReplyDelete
  74. Kalau kita niat mandi wajib setiap kali hendak mandi Boleh ker?? sah ker?dan apa hukum nya

    ReplyDelete
  75. Nak tanya, boleh atau tidak sekiranya bersetubuh tetapi niat mandi wajib sahaja tidak niat mandi junub

    ReplyDelete
  76. Hanya niat mandi wajib tanpa niat mandi junub sah atau tidak

    ReplyDelete
  77. Hai nak tanya sah tak mandi junub kita bila dah habis mandi. Pastu bila nak wuduk tu terlupa nak baca doa wuduk pastu ambil semula wuduk tanpa mengulang mandi junub.

    ReplyDelete
  78. terima kasih ni tuan atas perkongsiannya ... kadang ada juga yang terlupakan sunah nya mani wajib itu :-d

    ReplyDelete
  79. Mulut mcmna? Kna msukkn air dlm mulut x msa mndi wajib?

    ReplyDelete
  80. perbincangan yang sangat menarik ..dan memberi panduan yang bagus untuk kita semua..

    ReplyDelete
  81. Niat mandi wajib yg biasa saya gunakan selepas bersetubuh adalah sahaja aku mengangkat hadas besar kerana allah taala. Adakah btol niat ini sbb berbagai pendapat yanh menyatakan niat yang berbeza. Harap dapat bantu sy,....

    ReplyDelete
  82. Hi,sy nak Tanya klu mandi wajib bahagian mana kah dulu harus dibasahkan dgn air utk mandi wajib haid TQ

    ReplyDelete
  83. Hi,sy nak Tanya klu mandi wajib bahagian mana kah dulu harus dibasahkan dgn air utk mandi wajib haid TQ

    ReplyDelete
  84. Benda yg sma sja tuu

    ReplyDelete
  85. Kalau saya baca bahasa arab tersalah, tapi bahasa melayu bt. Jadi sah atau tidak ?

    ReplyDelete
  86. Salam sy nk tnya , klau lpas haid sy trs brsetubuh adakah sy prlu mndi hadas haid dgn junub ? Klau sy gabung boleh ke ?

    ReplyDelete
  87. Assalamualaikum, seperti Anonymous 5 September 2013, saya juga mengamalkan cara mandi wajib seperti beliau cuma saya berniat mengangkat hadas besar sambil membilas air di tangan sebanyak 3x, kemudian saya mencuci kemaluan dan membasuh semula tangan, kemudian mengambil wudhuk lalu memulakan mandi wajib dimulakan dikepala dan disertai dengan badan dan diakhiri dengan membasuh kaki, adakah ianya sah???

    Seperkara lagi, ketika saya mengambil wudhuk semasa berniat mandi wajib, saya terlupa tertib wudhuk lalu mengulang semula selepas berniat mandi wajib. Adakah cara itu juga salah????

    ReplyDelete
  88. Mndi junub dgn mndi wajib di lakukan sekali ke?ke mndi junub dulu pahtu baru mndi wajib.

    ReplyDelete
  89. Mndi junub ke mndi wajib yg prlu di lakukan dahulu..

    ReplyDelete
  90. Assalamualaikum..maaf utk soalan ni..sy rasa was2 dgn mandi wiladah & nifas sy sebelum ni..jadi,
    1)adakah sy perlu mengulangi mandi wiladah & nifas secara berasingan?
    2)adakah sah segala ibadah sy
    Mohon bantu sy..terima kasih

    ReplyDelete
  91. Boleh ke niat mandi junub guna niat mandi hadas besar? Cth nawaitu raf'al hadasil akhbari lillahi taala ..

    ReplyDelete
  92. Kalau terlupa baca niat mandi wajib,yang mandi wajib tu sah ke tak sah?

    ReplyDelete
  93. Kalau saya niat "sahaja aku mandi wajib daripada hadas besar kerana Allah taala", sah atau tidak mandi wajib tersebut?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post