Ubah Title Meta Tag Yang Mesra SEO

By : Posted on 24/12/2012 - 7:19 pm with 18 comments

title

Berbincang pasal SEO lagi. Kali ini admin ingin terangkan sikit tentang title meta tag. Title meta tag sangat memainkan peranan yang penting pada sesebuah blog khususnya menaikkan bilangan trafik. Bahasa mudah title meta tag adalah tajuk pada setiap artikel blog. Nama pun “tajuk” mestilah penting. 

Berdasarkan pemerhatian, default setting yang di buat oleh blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda adalah kurang mesra dari segi SEO dan juga pada mata google search engine. Hal ini kerana, title meta tag tersebut akan memanipulasikan tajuk artikel tersebut dengan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan tajuk artikel atau entri kita.

Contohnya:

Blog Aku : Belajar Title Meta Tag

Lihatlah di mana nama Blog Aku (contoh nama blog) keluar telebih dahulu sedangkan artikel tersebut lebih mengutamakan maksud “Belajar Title Meta Tag”. Walaupun di mata manusia atau pembaca ia bukanlah satu masalah besar pada blog, tetapi robot crawler ia adalah masalah yang agak besar. Robot Cawler sukar membezakan tajuk artikel dengan nama blog. Ini akan menjejaskan blog untuk berada di google search engine. Jadi jangan sesekali pandang enteng terhadap masalah ini.

APAKAH PENYELESAIANNYA?

Memang ada jalan penyelesaiannya. Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah title meta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Anda hanya perlu menggatikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine.

TUTORIAL UBAH TITLE META TAG?

1.Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.
 
2. Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <title><data:blog.pagetitle/></title> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.

3. Copy kod ini :
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

4.Dan paste (gantikan) pada kod ini :
<title><data:blog.pagetitle/></title>

Akhir sekali klik Save. ( ops klik preview dahulu untuk lihat ada error ke tak)

Sekarang anda sudah mempunyai title meta tag yang mesra kepada google search engine. Mudah kan. Semoga Berjaya.


18 comments

Click here for comments

betul ..perkara ni perkara asas sahaja :]
btw, moga2 semua blogger baru akan tahu tutorial yg bagus ni

Tq fr sharing..dh letak dh kt blog template.. ;)

Owh.. Okeii.. Dah Mesra SEO.. Bhahakss.. xD Regards from Boyz_ed atwww.boyz-ed.com

Terima kasih atas perkongsian yang bermanafaat untuk semua blogger-blogger terutama yang masih baru.

ni utk blogspot kan? kalau untuk wordpress caner ek?

Wc / Sama-sama , kepada yang komen.. ini hnyalah teknik asas dalam ssbuah blog sahaja. saya hanya b'kngsi apa yngg saya tahu..

sohoque: ini untuk blogspot, wordpress sya x berapa pasti.

Tutorial bagus. Ini hanya basic. Nak blajar SEO. Visit blog saya untuk belajar optimize SEO dan code meta tag. Nak tengok source code blog seseorang. CTRL + U

tq, insya'allah saya akan melawat blog anda

Terima kasih kongsi caranya..

Memang dah lama cari cara ubah title meta tag ni. Sy letak di page tab sy under title panduan blogging ya. Thanks a lot

ala... tak menjadi la pula...

Tq, byk info psl seo yg saya dpt...

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.