Panduan Dan Niat Puasa Ramadhan

By : Posted on 09/07/2013 - 6:49 pm with 5 comments

mubarak
Ramadhan Mubarak
Alhamdulillah, bulan rejab telah kita lalui, bulan syaaban hampir kemuncak dan bulan ramadhan akan bertemu dengan kita tinggal lagi beberapa hari, jam, saat. Di kesempatan ini saya @ admin AdibSite ingin berkongsi mengenai ibadat puasa di bulan ramadan Al-Mubarak samada dari segi niat, syarat, jenis dan sebagainya dalam ibadat puasa ini.

Bahasa: Puasa ialah menahan diri.
Syarak: Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta tidak melakukanperkara-perkara yang membatalkan puasa dari keluar fajar sehingga terbenam matahari.

Hukum mengerjakan ibadat puasa wajib ke atas muslim yang cukup syarat-syaratnya.

NIAT PUASA
Niat bermula apabbila terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardhu
Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh)

  • Niat puasa yang dibaca sekali dalam satu bulan ketika malam pertama tarawih.


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan ramadhan tahun ini kerana Allah taala.

  • Niat puasa Ramdhan yang dibaca setiap malam 
  •  
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

DOA BERBUKA PUASA

ramadhan
 
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

SYARAT WAJIB PUASA
  • Berakal (waras)
  • Baligh cukup umur)
  • Mampu (tidak uzur

SYARAT SAH PUASA 
  • Islam
  • Berakal-tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
  • Suci dari haid dan nifas

PERKARA SUNAT DALAM IBADAT PUASA 
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Segerakan berbuka
  • Berbuka dengan makanan yang manis seperti kurma.
  • Memperbanyakkan ibadah
  • Solat tarawih pada malam harinya

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Hilang akal (gila)
  • Pitam atau mabuk sepanjang hari
  • Merokok di siang hari
  • Murtad
  • Bersalin memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka

PERKARA MAKRUH KETIKA PUASA
  • Berbekam
  • Berkumur berebihan 
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Mandi terlalu kerap atau lama
  • Tidur sepanjang hari
  • Menggosok gigi selepas tergelicir matahari

Semoga bulan ramdhan yang penuh dengan barakah kita dapat lalui dengan sempurna. Alhamdulillah ini adalah entri pertama dalam bulan Julai setelah sekian lama tidak kemaskini blog.

5 comments

Click here for comments

Bulan puasa ni rasa mengantuk sangat pulak. Hehehe..Semoga kita dapat sama-sama tingkatkan ibadah sunat. ^_^

satu ilmu yang sangat berguna untuk kami semua..

yeah sahur lambat buka cepat amalan sepanjang masa nih hehe

makasih gan infonya bermanfaat sekali sukses selalu

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim). Kesimpulannya, mandi pada bila-bila masapun hukumnya harus bagi orang berpuasa berdalilkan hadis di atas kerana tujuan mandi tidak lari dari apa yang dilakukan Nabi s.a.w. tersebut. Namun hendaklah ketika mandi itu jangan berlebihan hingga air masuk ke kerongkong (terutamanya orang yang mandi dengan berendam/berenang) atau air masuk ke dalam corong telinga (yang mengikut sebahagian ulamak akan membatalkan puasa).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/78.
2. al-Wajib Fi Fiqh as-Sunnah Wa al-Kitab al-‘Aziz, Dr. Abdul-Adziem Badawi, hlm. 204.
3. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hassan Ayyub, hlm. 435.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.