Teknik Jadikan Blogspot Valid HTML5

By : Posted on 10/12/2013 - 12:25 pm with 14 comments

Logo
 
HTML5 ok? sesuatu benda yang baru dalam dunia HTML ini. HTML5 merupakan revolusi terbaru di mana fungsinya bertujuan untuk menyokong multimedia baru. Secara tidak langsung ini akan memudahkan browser atau enjin carian untuk memproses sesebuah blog yang menggunakan HTML.

Jadi HTML5 ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Kelebihan HTML5
  • Mudah diindeks oleh enjin carian (Enijn carian lebih suka blog  yang valid HTML5)
  • Lebih stabil jika dibuka melalui browser lain seperti Chrome, Firefox atau IE.
  • Blog lebih ringan kerana coding HTML5 lebih ringkas.
  • Traffik blog akan meningkat (sebabnya ada kaitan dengan poin pertama)
Cara Semak Blog Valid HTML5 atau Tidak
  • Pergi ke laman W3C iaitu (http://validator.w3.org/)
  • masukkan url blog anda di ruangan yang disediakan.
  • Klik Check
HTML5

189 Errors, 31 warnings. Agak banyak juga error ini. Sebabnya belum pasang kod HTML5 dalam template.

Pemasangan kod HTML5 mempunyai banyak peringkat. Jadi untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku lebih baik anda backup dahulu template blogspot anda.Ok? Mari jadikan blog anda valid HTML5.

Langkah 1 :
  • Seperti biasa pergi ke Dashbord > Template > Edit HTML
Secara asasnya template blogspot mempunyai kod di bawah ini di setiap permulaan HTML.

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>
<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">
<html b:version='2' class='v2' expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>
<head>

Gantikan kod di atas dengan kod yang ini :

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>
<!DOCTYPE html>
<HTML>
<head>
<meta charset='utf-8'/>


Langkah 2 :

Gantikan </html>  dengan </HTML>  ( ada di bawah sekali dalam template)

Tambahkan juga script di bawah ini di atas </head>

<!--[if lt IE 9]>
<script src="http://html5shim.googlecode.com/svn/trunk/html5.js"></script>
<![endif]-->

Tambahkan kod di bawah ini

<!-- <body><div></div> -->

Di bawah </head>


Langkah 3 :

Gantikan <b:skin><![CDATA[  dengan kod di bawah ini

<link href='//www.blogger.com/static/v1/widgets/3950009988-widget_css_bundle.css' rel='stylesheet' type='text/css'/>
&lt;style type=&quot;text/css&quot;&gt; &lt;!-- /*<b:skin><![CDATA[*/]]
<style>


Langkah 4 :

Buang semua kod ini dalam template anda :

<b:include name='quickedit'/>


Langkah 5 :

Cari kod di bawah ini. Kebiasaanya kod ini ada dua dalam sesebuah template.

 <a expr:name='data:post.id'/>

Gantikan dengan kod ini :

<b:if cond='data:post.id'>
<a expr:href='data:post.id'/>
</b:if>

Anda sudah cuba kesemuanya. Jadi mari semak kembali di laman W3C untuk melihat ada perubahan atau tidak. Jika error-nya berkurang baguslah.

KESIMPULANNYA
Blog yang valid HTML5 ini mempunyai kelebihan tersendiri. Namun valid HTML5 bukanlah memberi impak yang cukup besar terhadap SEO. Sebabnya SEO bukannya 100% bergantung kepada HTML kerana SEO melibatkan segalanya iaitu dari segi content, backlink, pagerank dan lain-lain. Anda tidak perlu risau jika blog anda masih belum sepenuhnya HTML5. Andai blog anda sudah 100% HTML5 ia merupakan satu bonus.

HTML5

14 comments

Click here for comments

Tak lepas la Adib. Dia keluar " Could not load template preview: Error parsing XML, line 1972, column 4: The element type "head" must be terminated by the matching end-tag head :(

Betulkan banyak kali dah, tapi masih tak boleh. Mana silapnya tu ? :(

Ermm, mungkin Puan Lynn salah letak kod ,, adakah Puan Lynn guna langkah 1..
Pastikan langkah 1 kod itu dicopy sampai <head>. Dan gantikan dengan kod yg baru.

p/s: Pastikan bakcup dulu template ye,, takut jadi masalah lain. :)

wow it's easy but my blog have valid for html5

bro langkah 2 html tuka ke HTML tu error la.. knp ek..?

langkah dua itu berkait dgn langkah 1, pastikan langkah 1 buat dengan betul, insyaAllah langkah dua akan jadi.

p/s: Backup dulu template sebelum buat apa2 ok..

Nampak complicated..nanti dicuba...sebab kita ni memang illiterate sikit part-part tukar coding ni..Thanks adib...

mmg cmplcted skit, insya'Allah kalo buat betul2 msti jadi. Welcome..

buat langkah 1 dengan tukah HTML jadi huruf besar dia error tulis bawah ni

"
The template is invalid. Please make sure that it is well formed and complies with the Blogger Template Language Specifications.

Error 500 "

saya dah tkr domain sendri..boleh ke?

boleh je, janji backup dulu template ok.

tak berjaya, keluar error ni..

Invalid variable declaration in page skin: The skin variables could not be parsed as they are not well-formed.

boleh buat. tapi bila guna HTML dia jd error. dia kata try guna virsion 2. tah ape la. tp yang lain semua ok :)

Oh yeka.. step mana ye yg error tu??

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.