Cara Melakukan Sujud Sahwi

By : Posted on 06/11/2014 - 9:33 am with 18 comments

Cara Sujud Sahwi
Sujud Sahwi

Maksud sahwi adalah lupa.

Dari segi syarak bermaksud terlupa sesuatu ketika dalam solat.

Sebab-sebab diharuskan sujud sahwi terbahagi kepada tiga:
  • Kerana kelebihan
  • Kerana ragu-ragu
  • Kerana kekurangan

Kerana Kelebihan: Kerana terlupa ketika solat lalu tertambah rukuk, atau sujud dan sebagainya.Jadi ia perlu sujud sahwi.

Kerana Ragu-ragu: Tidak yakin sama ada terlebih atau terkurang seperti bilangan rakaat ketika dalam solat.

[+] Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

[+]Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Kerana Kekurangan: terlupa untuk melakukan salah satu sunat aba'ad seperti tahiyat awal atau doa qunut.

Cara Melakukan Sujud Sahwi

  1. Selepas membaca tahiyat akhir dan sebelum salam, bersujudlah sambil mengucapkan takbir "Allaahu Akbar" dan ketika sujud baca ini:

    سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ 
    
    Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
    Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

  2. Duduk antara dua sujud semula dengan bacaan seperti solat biasa.
  3. Sujud sekali lagi sambil mengucap takbir, dan baca tasbih sujud seperti no 1.
  4. Kemudian duduk semula dengan duduk ‘Iftirasy’ (Tahiyat Akhir).
  5. Akhir sekali beri salam ke kanan dan kiri

http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/25/sujud-sahwi/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud_sahwi

18 comments

Click here for comments

terima kasih atas perkongsian dan peringatan ni..ramai yg tak tahu sebenarnya

Terima kasih kongsikan..kadang2 kits terlupa bila jarang sekali buat sujud ni..

Kadang-kadang bila dah mamai.. subuh pun lebih kurang aje kita buat.. itu yang berlaku pada diri aku sendiri..pernah beberapa kali terlupa untuk sujud sahwi.. Cuma ada perasaan hairan dan bersalah bila tak sujud sahwi semasa berada di Mekah..

perkongsian yg bagus ni adib. jelas n details. part buat sujud 2x tu n bacaan duduk antara 2 sujud tu memang benar2 membantu mereka yg nak buat sujud sahwi.

Assalamualaikum. Saya cuma nak ucapkan terima kasih sebab menjelaskan cara melaksanakan sujud sahwi ni. sebelum ni jgn kata nak laksanakan, apa sujud sahwi pun saya tak tahu. Semoga Allah memberkati segala ilmu yang diturunkan kpd awak :)

Alhamdulillah... trima kasih atas perkongsiaan ilmu ini.... semoga anda d rahmati Allah.. Allah humma aamiin...

terima kasih atas perkongsian ilmu tersebut

Saya ada membaca, kita boleh dengan sengaja meninggalkan doa qunut didlm sembahyang subuh krn ianya sunat Ab-adh dan digantikan dgn sujud sahwi.

Kerja yang bagus.teruskan usaha.mudaha-mudahan diberkati.

Alhamdulillah ..Syukur Ade Panduan
Mudah mudahan ..Di berkati

Mcm mana plk kalau lupa utk sujud sahwi? Tetiba telajak beri salam dan lupa utk sujud sahwi

saya pernah juga lupa hitungan rakaat pada waktu sholat

Terima kasih atas ilmu yg diberikan

Terimakasih
Semoga anda diberkati didunia dan akhirat
Aamiiiin

Apa bacaan saat duduk antara 2 sujud sahwi?

Terima kasih.

kita tak perlu baca attahiyat akhir balik ke selepas sujud sahwi ?

Tak perlu. Sebab sujud sahwi dilakukan selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.