Kesan Jarang Update Blog

By : Posted on 23/10/2015 - 3:15 am with 9 comments

belajar seo


Kesan Jarang Update Blog okay? Ya sejujurnya aku memang jarang update blog. Kadang-kadang sampai berbulan tinggalkan blog ini. Tapi semua ini mempunyai alasan tertentu. Aku pun masih belajar lagi, jadi masa untuk menhadap blog ini agak kurang. Mungkin masa itu ada, cuma bila dah tinggalkan blog terlalu lama, semangat untuk menulis kian pudar.

MALAS!! Ya sikap ini memang ada dalam diri aku. Minat untuk berblog itu ada. Cuma malas nak menaip, mengkaji balik, menelaah blog. dan sewaktu dengannya. Tapi jangan risau aku tak akan berhenti dari blogging selagi ia membantu aku dari pelbagai aspek.

Banyak kesan yang dapat aku tengok secara kasar setelah lama tidak update blog. Aku akan ringkaskan beberapa kesan-kesan.

Antaranya :

Alexa Rank Merosot

Nilai alexa semakin merosot.Benda ini mmang menjadi lumrah dalam blogging. Andai blog itu ditinggalkan terlalu lama tanpa update, ia pasti akan memberi kesan kepada nilai alexa. Ini sebenarnya tidak bagus untuk marketing blog kita.

Traffik Menjunam

Traffik juga menjunam. Apabila tiada update terbaru peluang untuk mendapatkan traffik yang tinggi agak sukar. Lazimnya blog ini akan menerima traffik 5K ke atas dalam sehari. Sekarang nak cecah 4K belum tentu dapat. Nampaknya kena implementasikan seo ke atas blog ini.

Komentar

Komen? Jumlah nilai komen agak berkurang. Disebabkan aku jarang update ditambahkan lagi tiada aktiviti blogwalking. Memang tak hairan, jumlah komen semakin susut.

Itu saja yang dapat aku kongsikan apa yang aku lalui sekarang ini. Sebenarnya banyak lagi aku tak semak dengan pelbagai benda baru yang diupdate oleh pihak google. Google webmaster lama aku tak semak.

9 comments

Click here for comments

Terima kasih.

Bagus entri ni untuk panduan blogger baru macam saya.

Walaupun guna blogspot saja. Tapi lebih kurang juga kesannya.


Hmm insaf.

Cemburu dengan rakan-rakan yang tak kemas kini blog masih boleh maintain UV tafik ribu-ribu sehari.

Semua kesannya saya pernah alami hoho :)

antara 3 point tu, pada aku yang paling tak best, kurang komen yang kita dapat.

smemangnya.. tuk awal nikena rajin.. bl dah bertapak lama, dn follower ramai boleh rehat kejap

4k? Wah, saya tak ada k pun. beginner lagi.

Info yg berguna untuk saya (Y) Terima Kasih

benar sekali tu ....saya pernah tinggalkan blog tanpa update sktar 3 blan ...dan Alexa nya pun langsung turun merosot

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.