Cara Kemaskini No Pin CIMB Kwik Yang Baru

Sebagai pengguna kad debit CIMB, aku juga mempuyai kad CIMB kwik. Sebelum ini aku ada kongsikan cara membuat kad debit CIMB Bank yang baru. Untuk pengetahuan anda, bagi yang sudah mempunyai kad Cimb Kwik anda perlu buat yang baru juga.

kad cimb kwik

Cara Membuat Kad Cimb Kwik Yang Baru?

Setelah anda membuat kad debit CIMB, secara automatiknya anda juga telah membuat kad CIMB kwik yang baru juga. Sebabnya selepas aku membuat kad debit Cimb, keesokan harinya aku telah menerima kad baru Cimb kwik yang telah dihantar melaui pos laju.

Pantas betul prosesnya. Kad tersebut tidak diaktifkan lagi. Jadi untuk mengaktifnya anda perlu membuat beberapa langkah bagi mendapatkan no pin sementara.

Cara Untuk Mendapatkan No Pin Sementara 

Aku menggunakan kaedah SMS iaitu :

SMS CA JARAK 4 DIGIT TERAKHIR KAD dan hantar ke 68833

Contoh : CA 1234 ke 68333

Pastikan no telefon yang digunakan untuk menghantar sms itu adalah no telefon yang telah didaftarkan dengan pihak CIMB/CIMBclicks.

Anda akan menerima sms dengan no pin semementara.

Tukar No Pin Sementara Ke No Pin Baru

Ada dua kaedah iaitu melaui Mesin ATM atau CimbClicks. Aku pilih cara yang mudah dan pantas iaitu melalui CIMBclicks.


  1. Log In Cimbclicks seperti biasa.
  2. Pilih Settings
  3. Pilih Kwik Setting
  4. Dan Akhir sekali pilih Pin Request/Changed


Selesai. : )

3 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. saya tak sure dah tukar belum kad cimb. kena ceklah ni

    ReplyDelete
  2. Skrg semua kad ATM baru juga blh dipakai sebagai kad debit. Terdpt symbol gelombang tu yg juga boleh dipakai utk scan buat bayaran sebanyak RM250. Tidak tahu ini selamat atau x?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post