Punca Dan Rawatan Gusi Berdarah

By : Posted on 12/02/2018 - 6:45 pm with 8 comments

Punca dan rawatan gusi berdarah okay? Gusi berdarah ini terjadi tanpa mengira umur iaitu tidak mengira muda atau tua. Untuk kes aku, tiap-tiap kali aku berus gigi pasti akan berdarah sedikit. Aku perasan bila waktu berkumur. Pada mulanya, aku ingatkan ini benda normal yang terjadi apabila berus gigi. Jadi aku cuma biarkan saja dan teruskan berus gigi seperti biasa.

Dijadikan cerita, aku perasan ada kesan darah sedikit di bahagian celah-celah gusi aku. Aku cuba berus gigi untuk menghilangkan kesan darah tersebut. Tapi, kesan darah itu tidak dapat dihilangkan.

Apa yang aku perasaan kesan darah itu terlekat di bahagian plak-plak gigi. Jadi memang susah untuk menghilangkannya. Apa itu plak gigi ?

Plak gigi

Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit dan tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi. Contoh gambar seperti di bawah : .

gusi berdarah


Okay untuk pengetahuan anda plak gigi ini memberi beberapa kesan buruk yang jelas pada bahagian gigi antaranya :


  • Penyakit gusi (periodontum) : keradangan dan jangkitan di gigi.Antara tanda-tanda awai seperti kemerahan pada gigi dan pendarahan berlaku. Untuk yang lebih teruk lagi ia akan merosakkan gusi dan tulang penyokong gusi. Akhirnya gigi terpaksa dicabut.
  • Kerosakan gigi(karies gigi)   : Kerosakan setempat pada gigi dan akan menyebabkan kaviti(berlubang) pada gigi.
  • Nafas berbau.


Bagaimana untuk mencegah plak gigi ini ?


  • Berus gigi dua kali sehari dan gunakan berus yang sesuai dengan gigi anda.
  • Gunakan flos dengan cara yang betul.
  • Guna alat kebersihan tambahan seperti Listerine(ubat kumuran).


Buang Plak Gigi?

Bila terjadi kes seperti aku ini, pilihan yang aku ada sekarang adalah berjumpa dengan doktor gigi. Jadi aku pergi ke klinik dan minta untuk membuat cucian gigi (scaling dan polishing). Proses untuk cucian gigi ini bergantung pada tahap gigi anda. Selalunya proses tersebut dalam 40 minit.

Selesai saja cucian gigi ini, memang tiada plak yang ada pada gigi aku ini termasuk kesan yang darah di celah gusi. Apa yang doctor terangkan pada aku memang plak gigi ini lah punca berlakunya perdarahan pada gigi.

Kesannya, selepas aku berus gigi memang tiada lagi darah yang keluar di celah-celah gusi. Alhamdulillah. 😊

8 comments

Click here for comments

lama jugak proses scalling ni ye. sampai 40 minit

berus gigi dengan cara yang betul bagi memastikan segala kekotoran dapat dibersiahkan dengan sempurna

yer..saya pun ada problem nih

kene 2 kali setahun buat pemeriksaan gigi ni..


Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris

Deoends keadaan gigi.. kadang2 20 minit pun dah siap..

Ya betul tu. Teknik berus yang betul dapat elak plaks gigi ni terjadi.

Kena jumpa dentist ni huhu

Ya, setiap 6 bulan. 😊

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.