Entri Blog Lambat Diindeks Google

By : Posted on 25/07/2018 - 12:49 am with No comments

blogspot

Blog ini kembali beroperasi seperti biasa setelah dibiarkan berbulan lamanya. Kalau nak diceritakan apa sebabnya mungkin tidak akan habis. Hahaha. Tapi yang pasti ia bersebab. Lagi satu bila aku tinggalkan blog terlalu lama secara tidak langsung akan wujud dalam diri ini satu sikap malas nak ambil peduli pada benda yang ditinggalkan.

Benda ini rasanya tak berlaku pada blog saja, mungkin pada benda lain sama. Cukuplah aku bercoleteh ini hahahah. 

kereta rosak

Okay bila ditinggalkan terlalu lama maka wujudlah masalah yang tidak diduga. Ibarat tinggalkan kereta terlalu lama tanpa panaskan enjin langsung. Kebarangkalian untuk enjin kereta tidak hidup akan ada jugak. Begitu jugak terjadi dengan blog aku ini.

Beberapa hari lepas aku ada published beberapa entri. Seperti selalu yang aku akan buat bila setiap entri itu dipublish. aku akan semak kewujudan entri itu di enjin carian (google). Lazimnya mengambil beberapa jam untuk entri tersebut wujud di google.

Tapi setelah beberpa hari entri tersebut masih tidak diindeks google. Tak silap aku hari ketiga entri tersebut baru wujud di google.

Risau juga takut kena blog kena penalty apa-apa. Tapi rasanya tiada unsur bad tricks/ black seo yang pernah aku implementasi di blog ini. Hanya kaedah natural seperti white hat SEO.

teknik seo


Jadi aku buat sedikit kajian yang mudah.

Masalah : Entri lambat diindeks.

Punca/Faktor (Andaian) : 
  • Blog lama tidak aktif dengan entri baru jadi robot crawler tak rajin crawl blog ini.
  • Perubahan algorithm google. 
  • HTML blog ini menggunakan format yang lama. (Sekarang banyak guna AMP).
  • Backlinks yang lemah.


Jadi apa yang aku perlu buat sekrang adalah sekadar bereksperimentasi dengan mencari solusi untuk masalah ini.

InsyaAllah aku akan update pada entri yang baru bagi solusi Entri lambat diindeks. Moga berjaya hendaknya. :)

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.