Alkisah Ulamak Dengan Pramugari

solat

Alkisah, seorang ulama’ sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.
Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama’ itu lalu menegurnya,

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama’ : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama’ : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari..

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post