Cara Solat Sunat Hajat

Solat sunat
Cara Solat Sunat Hajat

Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu keburukan.

Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.

Apakah sebenar tujuan kita menunaikan solat hajat.

Tujuannya ialah :
  • Untuk mendekatkan diri kepada Allah
  • Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemah diri

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :

solat sunat hajat

Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala

2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas  (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

4.  Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali


Tasbih Hajat
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan sujud)


HAJAT YANG SESUAI DIPOHON
  • Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya.

51 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. perkongsian yg sgt bermanfaat. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sdg di dalam kesusahan yg amat sgt dan terjumpa website ini utk cari panduan solat hajat. Terima kasih di atas budi tuan. Satu didikan kepada hamba yg jahil seperti saya. Terima kasih sekali lagi.

      Delete
  2. Artikel yang sangat bermanfaat sekai. :)
    Kunjungan pertama sob!

    ReplyDelete
  3. as salam.
    semasa sembahayang hajat dan dikala sujud perlu membaca tasbih sebanyak 41 kali `la ilaha illa... bagaimanakah cara mengiranya?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum W.B.T.
    terima kasih atas p'kongsian t'ntang solat hajat...

    ReplyDelete
  5. asalamualaikum....nk tanya selepas sujud meminta hajat tu adakah kita kena bangkit dan memberi salam?mohon pencerahan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu dah, sebab kita sujud yg mnta hajat itu dilakukan selaps memberi salam. baca poin 4.

      Delete
  6. alhamdulillah..baru saja sy amalkan...terima kasih atas panduan

    ReplyDelete
  7. Terima kasih diatas panduan yg amat berguna..terima kasih..

    ReplyDelete
  8. kenapa kena 41 kali....mohon pencerahan

    ReplyDelete
  9. kalau berjemaah, perlukah imam membaca kuat alfatihah dan surah

    ReplyDelete
  10. terima kasihhh kerana share :)

    ReplyDelete
  11. Salam.. sy ingin bertanya. kenapa bacaan tasbih 41 kali itu dilakukan setelah memberi salam..?? sedangkan didikan agama yg saya dapat dari kecil hingga dewasa, bacaan itu dilakukan sebelum memberi salam..? Mohon admin minta kesahihan daripada para ustaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. solat hajat ada belbagai cara, jadi tidak salah utk baca sebelum salam @ selepas salam, boleh rujuk di sini juga :

      http://ustazahanidakwah.blogspot.com/2013/03/solat-hajat.html

      http://www.resepirahsiaku.com/2009/08/derma-amal-jariah-nusantara.html

      http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-hajat/

      Delete
  12. saya terkejut...saya sering membaca tasbih ini semasa saya sedih atau dipulaukan..tapi saya tak tau apa maksudnya,rupanya ianya doa untuk org yang teraniaya..terima kasih atas info yang diberikan...

    ReplyDelete
  13. sagat berguna untuk saya..thanx ye.. :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah dan terima kasih atas info yg diberi.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih...saya dh copy...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah , thank you for this info :)

    ReplyDelete
  17. Terina kasih atas info ini. Saya akan cuba lakukan

    ReplyDelete
  18. salam.. kalau minta hajat untuk jodoh boleh ke?

    ReplyDelete
  19. terima kasih kerana telah berkongsi ilmu ALLAH ini.....

    ReplyDelete
  20. dengan halaman in sy mendapat sebuah pengetahuan
    terima ksh byk

    ReplyDelete
  21. Sangat bermanfaat..
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah. Mudah dan bermakna. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih diatas tunjuk ajar yang mudah diikuti dan berguna.

    ReplyDelete
  24. terima kasih atas tunjuk ajar yg diberikan ini..smoga sy dpt melakukannya dgn baik...

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah...mohon share ye...terima kasih...

    ReplyDelete
  26. terimakasih ...kerana tunjuk ajar yang telah diberikan....membantu saya untuk melakukan yang terbaik untuk anak saya yang sekarang ini sedang menduduki peperiksaan SPM

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah.... trimakasih petunjuk tentang sholat hajat serta bacaan tasbih di saat masih dalam bersujud. :-bd

    ReplyDelete
  28. syukran jiddan.. info yang amat berguna.. l o l

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas cara cara ni :)

    ReplyDelete
  30. terima kasih :)

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum
    nak tanya,apa hukumnya jika pejam mata ketika solat?

    ReplyDelete
  32. Hukum nya makruh klau solat pejam mata .. tp klau nk tmbh khusyuk tu bole .. sbb khusyuk diutamakn dalam solat

    ReplyDelete
  33. Maaf melenceng nih mas. Saya mau tanya dong.. cara masukin postingan blog ke fanspage facebook gimana yah? Makasih sebelumnya.

    ReplyDelete
  34. terima kasih tuan.sangat mudah difahami dan banyak membantu insan seperti saya yang serba kekurangan.

    ReplyDelete
  35. Alhamdulillah terima kasih kerana info! Saya dlm masalah besar ni!!

    ReplyDelete
  36. trima kasih krn kongsikan info ini, tp sy nk tanya soalan, ssdh slm knk sujud lagi kan, tp sy xdpt nk sujud lama2 sbb sy bangun terus rs dunia ni bpusing dn sy brasa pening sangat2, maaf yer sbb sy ada BP... boleh skejap jer sujud...spnjg sy solat hajat ni sy dudok jer.. boleh?

    ReplyDelete
  37. Kpn wkt nya sholat hajat di kerjakan ...terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila-bila masa saja. Tapi lebih baik dilakukan 1/3 malam iaitu pada pukul 2/3 pagi. ;).

      Delete
  38. Alhmdulillah.tma ksih atas info ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post