Lama Tak Update Blog

seo blogspot


Assalamualaikum. Rasa agak lama aku tak update blog ini. Berbulan juga rasanya tinggal blog. Sebab apa tak update? Mungkin dengan study yang tak seberapa ni heheh. Kalau diikutkan masa nak update blog ada. Mungkin aku tak manage masa dengan betul sampai tak sempat nak update blog ni.

Blogwalking pula macam mana? Memang kelaut lah. Update blog tak sempat apatah lagi nak buat aktiviti blogwalking ini. Perasaan rindu nak menaip itu memang ada. Hanya sekadar menaip untuk siapkan assignment saja.

Kenapa tiba-tiba hari ni boleh update blog

Entah aku pun pelik kenapa tiba-tiba boleh nak update blog pula. Sebenarnya sekarang ini masih dalam musim final exam. Mungkin disebabkan boring menghadap benda-benda ilmiah ini. Jadi, terlintas pula nak update blog. Jadi, wujudlah artikel yang serba ringkas ini.

Disebabkan lama tak buka blog, banyak benda baru wujud dalam blogspot ini. Antara benda terbaru yang sempat aku tengok wujudnya https ini. Jadi agak bertuah pengguna blogspot ye.

Malas nak bercoleteh panjang. Terima kasih yang sudi baca. Majulah blog untuk negara heheh.



Follow saya di twitter :

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post