Kelebihan Membaca Surah al-Kahfi

manfaat alkahfi
 Apakah manfaat melazimi surah al-Kahfi? Seringkali kita dengar sebaiknya disnunatkan membaca surah al-Kahfi pada malam jumaat atau hari jumaat. Hal ini kerana, terdapat pelbagai manfaat di sebalik membaca surah al-Kahfi. al-Kahfi merupakan surah 18 dalam Al quran dan terdapat 110 ayat.

Berikut adalah dalil hadis yang sahih daripada Nabi SAW atas sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam jumaat atau hari Jumaat.

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Kelebihan surah al-Kahfi


  • Bagi sesiapa yang menghafal 10 ayat awai surah al-Kahfi dirinya dilindungi dari dajjal.
Diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)


  • Bagi sesiapa yang menghafal 10 ayat akhir surah al-Kahfi dirinya dilindungi dari fitnah dajjal.
Riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”


  • Para Malaikat akan trun dari langit untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran di baca oleh orang muslim bertaqwa.
  • Terjadinya sesuatu perkara yang luar biasa kepada hamba hambanya yang soleh.
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  •  Mendapat keampunan dari Allah
Riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri ra., Dari Ibnu Umar ra., Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.”

Akhir kata
Marilah sama-sama kita beramal dengan membaca surah al-Kahfi kerana banyak fadilatnya serta kelebihan di sebalik surah ini. Namun, sebaiknya sentiasalah kita melazimi diri ini untuk membaca Al-Quran. Sentiasa dekatkan diri dan istiqamah dalam membaca al-Quran. InsyaAllah moga ini bermanfaat kepada kita semua.


http://www.islam.gov.my/e-hadith/319-kelebihan-membaca-surah-al-kahfi
https://www.almukhlisin.my/keutamaan-surah-al-kahfi/

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post