Terkini Harga dan Spesifikasi Proton X90

 Harga dan Spesifikasi Proton X90 okay? Tanggal  7/05/2023 sebuah jentera SUV baru dilancarkan oleh pihak Proton iaitu X90. Pelancaran bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dirasmikan oleh PMX Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Proton X90 merupakan hibrid ringan pertama keluaran proton di mana menggunakan trenkuasa ringan iaitu sistem EMS 48V untuk kesemua varian. Untuk pengetahuan anda terdapat 4 varian bagi keluaran Proton X90 ini. Berikut ialah ringkasan spesifikasi dan harga bagi keempat varian tersebut.

hybrid x90


Terdapat pilihan 6 warna untuk jentera ini. Pilihan warna tersebut ialah Snow White, Armour Silver, Jet Grey (untuk semua varian), Cinnamon Brown, Ruby Red (bagi pilihan Executive ) dan Marine Blue, ditawarkan untuk segmen Premium dan Flagship.

Senarai Harga dan Spesifikasi Proton X90

1. Proton X90 1.5L Standard - RM 123, 800

  • Enjin 1.5L TGDi Mild-Hybrid menghasilkan 187 HP dan 300 Nm
  • 7 kelajuan Transmisi klac berkembar 
  • LED ssepenuhnya untuk lampu hadapan
  • Saiz 18inci rim aloi 
  • 7 tempat duduk dan 3 baris susunan 
  • Unit infotainment 12.3 inci
  • Kamera undur


2) Proton X90 1.5L Executive – RM130,800 

*tambahan dari spesifikasi standard

  • Disertakan sistem pemantauan tekanan tayar
  • Mempunyai but kuasa
  • Tempat duduk kuasa pada bahagian pemandu
  • Balutan kulit untuk tempat duduk 
  • Sistem ventilasi di tempat duduk hadapan 
  • Disertakan kamera 360 darjah (3D view)


3) Proton X90 1.5L Premium  – RM144,800

*tambahan dari spesifikasi di atas

  • Sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS)
  • Saiz 19inci rim aloi 
  • Balutan kulit nappa di tempat duduk 
  • Tempat duduk kuasa pada bahagian penumpang
  • Pengecas tanpa wire
  • Disertakan auto parking


4) Proton X90 1.5L Flagship – RM152,800

*tambahan kepada spesifikasi di atas

  • 6 tempat duduk dan 3 baris 
  • Disetakan Bumbung matahari panaromik
  • Hadir dengan "Boss" Suis  tempat duduk penumpang hadapan


Berikut ialah gambar-gambar sekitar pelancaran proton X90 hari ini. 


Pelancaran Proton X90

proton x90

gambar proton x90

ventilation seater

harga proton x90

Berikut ialah tawaran yang ditawarkan oleh pihak proton untuk pakej X90 ini. Tawaran tersebut ialah :

  • 5 tahun waranti dengan jarak tanpa had
  • 5 tahun pakej data (1GB / sebulan)
  • Percuma perkhidmatan buruh sebanyak 6 kali 
  • Kadar faedah serendah 2.1 peratus dan Program Insuran Proton


https://www.proton.com/
https://careta.my/

2 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. hebat protonxgo boleh bawa famili kemana saja travel pilihan terbaik

    ReplyDelete
Previous Post Next Post