Cara Batalkan Mob Alert Charge Bank Islam

 Cara Batalkan Mob Alert Charge Bank Islam okay? Mob Alert charge ini ialah charge yang dikenakan untuk setiap notifikasi kepada telefon bimbit anda. Sebagai contoh, setiap transaki yang dilakukan seperti anda hantar wang ke akaun lain. Kemudian anda akan dapat mesej dari bank islam yang menyatakan baki akaun anda selepas anda hantar wang tersebut. Sama juga jika ada wang masuk ke dalam akaun anda, anda akan dapat mesej ke nombor telefon anda menyatakan berapa jumlah wang yang masuk.

Secara tidak langsung benda ini sangat membantu kita untuk lebih peka dalam pengurusan akaun bank Islam sebabnya anda tidak lagi perlu semak selalu berapa baki wang anda tinggal berapa kerana anda akan dapat notifikasi secara langsung setelah membuat sebarang transaki. Jadi tidak perlu untuk log in ke perbankan internet ataupun semak di atm.


Logo Bank Islam


Jadi kenapa perlu batalkan ?

Secara jujurnya tiada sebab apa pun untuk batalkan MOB Alert Charge ini sebab banyak kelebihan dan kemudahan. Cumanya di sini, aku baru sahaja membatalkan MOB Alert Charge ini kerana tiap kali notifikasi yang masuk akan dikenakan potongan RM0.20 sen. Sebagai pengguna lama Bank Islam aku merasakan cukup sampai disini aku menggunakan servis MOB Alert Charge tersebut. Lagipun kekerapan aku menggunakan internet jadi tiada jadi masalah untuk aku melakukan semakan berkala terhadap akaun Bank Islam.Oleh itu, bagi aku bukan keperluan sangat untuk aku gunakan servis MOB Alert Charge ini.

Beberapa bulan yang lepas aku mencari di mana cara nak batalkan servis MOB Alert Charge ini. Habis aku semak di perbankan online Bank Islam. Namun kecewa kerana tiada jumpa setting untuk disable MOB Alert Charge ini.

Kemudian, aku cuba personal message Page Facebook Bank Islam. Jadi ini jawapan mereka.

-

-

-

-

Ternyata solusi untuk ini ialah dengan membuat panggilan. Jadi aku membuat panggilan ke pihak Bank Islam dengan menyatakan hasrat untuk batalkan servis MOB ini. Alhamdulillah tidak sampai 2 minit semuanya selesai. 

Pusat Panggilan di talian 03 26900900

Jadi disini bagi yang ada menggunakan servis MOB Alert Charge ini dan berhasrat untuk membuat pembatalan bolehlah menggunakan cara seperti di atas. Walaubagaimanapun, bagi yang perlu menggunakan servis MOB Alert Charge ini atas sebab keperluan, jadi tidak perlu membuat sebarang perubahan apa-apa.

4 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. Thank you so much :)

    ReplyDelete
  2. Saya pon nak batalkan dah la byk buat transaksi..1bulan je dah dekat rm10 ke caj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa samalah 0.20 tu pun duit juga..

      Delete
Previous Post Next Post