Bacaan Doa Naik Kenderaan




 Doa Naik Kenderaan okay? Kenderaan merupakan pengangkutan yang digunakan oleh sejagat manusiawi untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain. Tidak kira lah kenderaan seperti motosikal, kereta mahupun pengangkutan awam MRT, Komuter, Bas dan lain -lain. Setiap pengangkutan digunakan untuk ke destinasi masing-masing dengan tujuan berlainan namun secara majoriti digunakan untuk mencari rezeki.

Tidak lupa juga pengangkutan ni digunakan sebagai sumber rezeki, contohnya pekerjaan sebagai grabfood, foodpanda, penghantar surat dan lain-lain. Jadi dapat kita lihat begitu bergantungnya kita dengan kenderaan ini dalam era ini bagi memudahkan kehidupan seharian.

Berbalik kepada tajuk iaitu doa naik kenderaan. Sebagai muslim/muslimat kita hendaklah memperbanyak dalam berdoa dalam kehidupan seharian kita. Untuk itu, lazimi lah doa-doa naik kenderaan apabila kita meggunakannya. 

Berikut adalah doa-doa naik kenderaan darat, laut atau udara.

Doa naik Kenderaan Darat


bacaan doa naik kenderaan


Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun.

Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.


Doa Naik Kenderaan Laut atau Udara

bacaan doa naik kenderaan

Maksudnya : “ Dengan nama Allah yang menjalankan kendaraan ini berlayar dan berlabuh sesungguhnya Tuhanku Maha Pemaaf lagi Pengasih.” (Hud : 41)


Akhir kata selamat beramal dengan doa-doa ini kerana ia sebahagian dari adab dalam menaiki kenderaan. Moga bermanfaat buat kita semua. Sentiasa kita berhati-hati ketika memandu dan patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan di jalan raya.  

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post