Cara solat sunat witir okay? Solat sunat witir merupakan solat sunat muakkad yang dituntut untuk dilaksanakan. Maksud dari bahasa witir ialah ganjil. Dari syarak witir bermaksud solat tertentu yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam
Witir Penutup Solat
Seperti diterjemah maksud dari syarak witir yang dilakukan yang menutup solat-solat malam. Ia dilakukan selepas solat isyak sehingga menjelang solat subuh. ia dapat dilakukan sebagai pelengkap solat tahajud ataupun terawih.
Cara Solat Sunat Witir
1. Lafaz niat pada dua rakaat pertama :
“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan surah selepas Alfatihah :
a) Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
b) Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
3. Selepas salam, terus berdiri dan mengerjakan solat sunat witir satu rakaat.
4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir
5. Selepas membaca surah Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca Surah-surah iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
6. Memberi salam.
Wirid dan doa selepas solat witir
Setelah salam, diiringi dengan wirid wirid berikut :
Setelah selesai wirid berikut
Diakhiri dengan bacaan doa solat witir.
Alhamdulillah, selesai perkongsian solat sunat witir.
Moga amalan kita semua diterima oleh Allah, insyaAllah. Selamat berpuasa di tahun 2023 ini.
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3734-al-kafi-1393-the-prioritized-methodology-of-witir-prayer
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3734-al-kafi-1393-the-prioritized-methodology-of-witir-prayer
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/
https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3734-al-kafi-1393-the-prioritized-methodology-of-witir-prayer
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-witir/
tq atas perkongsian
ReplyDelete♥️