Perodua Tawar Diskaun 30% Servis Pakej Auto Rahmah 2023

Syarikat automotif Perodua menawarkan diskaun servis sempena Aidilfitri 2023 okay? Servis ini ditawarkan khas sebagai pakej AUTO RAHMAH 2023. Untuk pengetahuan anda servis diskaun ini hanya terpilih untuk jenis kenderaan seperti Bezza dan Axia.

Perodua

Buat pengguna bezza dan Axia jangan lepaskan peluang ini untuk mengambil peluang servis khas ini.

Pakej Servis Khas ini dilancarkan seiring dengan sambutan Pakej AUTO RAHMAH yang baru dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah program PAYUNG RAHMAH. Ini secara tidak sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat.

30 Peratus Tawaran Diskaun Servis Auto Rahmah ?

Pakej Servis Khas ini dikenali sebagai Perodua Auto Rahmah 2023, termasuk pengurangan 30% daripada jumlah bahagian dan bil buruh. Pemilik Axia dan Bezza mesti menjadualkan temu janji di pusat servis Perodua terdekat untuk layak menyertai program ini. Hanya tempoh dari 12 April hingga 15 Mei 2023 boleh diakses untuk kempen ini. (Terma dan syarat yang berkenaan)

Axia dan Bezza merupakan model yang paling laris dan menjadi perhatian buat pengguna di Malaysia. Jadi dengan ada pakej Servis Khas secara tidak langsung dapat memberi kelebihan kepada pengguna kereta tersebut. 

Raya kian menghampiri, jadi pastikan kereta anda dalam keadaan terbaik untuk memandu pulang ke kampung. Diharap jenama-jenama kereta lain dapat melakukan seperti jenama Perodua ini.

Jadi jangan lepaskan peluang buat pengguna Axia dan Bezza untuk daftar temu janji servis ini. 






3 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

Previous Post Next Post