Masalah Artikel Tidak Dapat Di indeks Google : Redirect Error

Baru-baru ini aku telah kembali rentak untuk menulis dan berkongsi di blog ini yang mana telah sekian lama terusang tanpa artikel-artikel baru. Jadi permulaan perkongsian aku pada tahun ini dengan sebuah artikel Cara Solat Sunat Witir pada 4/ April / 2023. Setelah lebih kurang 2 minggu aku perasan artikel ini tidak muncul halaman google.

Lalu, aku semak di google search console, ternyata memang ada masalah dengan artikel tersebut yang menyebabkan ia tidak diindeks atau diterbit di halaman Google. Masalah tersebut menyatakan ia berpunca dari Redirect Error yang mana menyebabkan artikel tersebut tidak dapat dilawat oleh robot crawler google.

Redirect error


Disebabkan benda ini baru jadi terhadap aku, jadi aku cuba troubleshoot masalah ini dengan mencuba pelbagai langkah serta menelaah beberapa panduan yang boleh diimplementasikan untuk mengatasi masalah ini. Namun hasilnya tetap sama seolah-olah tiada tindakan langsung dari aku.

Berbalik kepada pendahuluan pertama di mana semangat aku untuk menulis kian mencapai rentak untuk kembali aktif dalam dunia penulisan blog ini. Namun bila wujudnya masalah ini ia secara tidak langsung merencatkan semangat aku ini. 

Dari sudut positif pula, aku secara tidak langsung kembali untuk mengulang kaji balik teknik-teknik SEO sekarang disamping mencari penyelesaian kepada masalah ini. 

Alhamdulillah, setelah beberapa kali percubaan ada hasilnya di mana artikel ini telah dapat diterbitkan di Google. Walaubagaimanapun, ia masih belum selesai sepenuhnya kerana artikel yang diterbitkan itu dalam format ?m=1 iaitu dalam bentuk mobile. Namun ia satu hasil yang positif.

Punca dan Penyelesaian Redirect Error 

Jadi aku akan kongsi beberapa langkah-langkah yang telah aku lakukan dalam troubleshoot masalah ini. Andainya anda pernah terjadi masalah mungkin boleh berkongsi dengan aku. Dalam artikel berikutnya aku akan berksongsi punca-punca terjadi masalah ini dan cara untuk mengatasinya. Sehingga sekrang aku masih bereksprimentasi dan dalam tempoh pemerhatian. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya kepada semua semoga perjalanan balik kampung anda sentiasa dipermudahkan. 

2 Comments

1. Gunakan Name/URL untuk komen jika tidak mempunyai akaun Google+.
2. Elakkan Guna Anonymous untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Komen anda akan ditapis dahulu sebelum diterbitkan.
4. Terima kasih kepada yang memberi komen.

  1. wah..Adib memang bijak dalam bab ini...saya memang ke laut jadinya

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada dapat email, masalah yang sama. Ada yang boleh fix. Yang tahu puncanya, boleh la kita fix. Cuma kita sendiri yang kenal blog kita. Bagi blog saya pula, sebab ada page yang saya delete, jadi robot kata, keluar error 404. Pelan-pelan la, kita cuba atasi. Buat research lebih di internet, mengenai masalah yang sama. Saya plan begitu, tapi sekarang agak sibuk, jadi saya hold dulu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post